Kasih tak bertepi hingga hujung nyawa, ini kisah anak melayu dijaga ibu angkat cina sejak lahir
Negara Malaysia cukup dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan agama.
Mereka boleh hidup bersama dengan harmoni, menghormati antara satu sama lain dan tidak kenal erti perbezaan budaya.
Kisah seorang anak Melayu yang dijaga oleh seorang ibu angkat berbangsa cina ialah mengenai Chee Loi Han dan Rohana. Cerita mereka ada keunikannya yang tersendiri.
Kasih Tidak Bertepi Hingga Hujung Nyawa
Dalam 22 tahun yang lalu, seorang anak kecil perempuan telah ditinggalkan di sebuah tadika selepas ibunya terpaksa kembali ke kampung halaman Indonesia.
Anak kecil yang bernama Rohana Abdullah semasa itu baru sahaja berusia 2 bulan. Atas rasa ihsan yang terlalu tinggi dan murni, anak Melayu ini telah dijaga oleh seorang wanita cina bernama Chee Hoi Lan, Rohana dijaga seperti anaknya sendiri.
Tahun berganti tahun, masa terus berjalan, dan hari ini kanak-kanak yang berusia dua bulan itu telah menjadi seorang gadis Melayu yang sangat cantik.
Rohana kini sudah berusia 22 tahun. Ibu angkatnya juga merupakan seorang bekas guru dan sekarang dapat dilihat raut wajahnya yang semakin tua kerana usianya sudah menjangkau 84 tahun.
Sepanjang Rohana dijaga oleh ibu angkatnya, kasih sayang dan perhatian telah diberikan sepenuh hati tanpa mengenal perbezaan agama dan bangsa. Jurang perbezaan itu seolah-olah hilang dengan perasaan cinta seorang ibu angkat kepada anak angkatnya.
Rohana telah mendapat tawaran menyambungkan pelajaran ke Universiti
Gadis Melayu ini sebenarnya telah tular dahulu kerana dirinya ditinggalkan ibu tanpa kerakyatan semasa masih bayi. Berita berkenaan turut mendapat perhatian ramai termasuk Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Tetapi pada bulan April yang lalu, Rohana mendapat berita gembira apabila dia telah mendapat taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan, hasil dari itu juga, Rohana telah menerima tawaran menyambung pelajaran ke menara gading di sebuah Universiti awam di Malaysia.
Rohana telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian Diploma Sains Komputer daripada Universiti Teknikal Malaysia (UTeM). Siapa yang tak gembira bila mendapat perkhabaran itu, ianya menjadi cita-cita semua orang yang baru menghabiskan persekolahan.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana, sangat berterima kasih , sangat bersyukur dengan hadiah yang dikurniakan Allah kerana ini memang satu cita-cita yang saya impikan selama ini.
Terima kasih juga kepada pihak UTeM. Walaupun saya ini lebih meminati bidang perubatan, Sains Komputer ini adalah bidang kedua pilihan saya dan ‘Laoshi’ ( panggilan untuk ibu angkatnya) turut menyokongnya. Jadi insyaAllah saya akan melakukannya terbaik untuk membalas jasa Laoshi, kongsi Rohana yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ibrahim Yaakob Kampung Batu.
Tpi jauh disudut hari, rasa berat untuk meninggalkan Laoshi, rasa sebak semakin memuncak di dada. Tawaran itu diterimanya saat saat akhir dan banyak persiapan yang perlu dilakukannya.
Ada beberapa perkara perlu diselesaikan, banyak barang keperluan belum dibeli dan nak mencari pembantu rumah yang boleh menjaga Laoshi sepanjang ketiadaanya.
“Kebelakangan ini, dia 9Chee) selalu menangs bila mengenangkan kami akan berjauhan selepas ini, jadi adalah lebih baik kalau ada orang temankan dia sekali sekala di rumah sementara menunggu kepulangan saya pada hujung minggu, ujar Rohana.
“Sentiasa berkelakuan baik, berakhlak mulia dan menjaga solat”– Laoshi
Hoi lin yang tidak berkahwin itu selama ini sentiasa memastikan Rohana yang telah hidup bersamanya sejak kecil dapat meneruskan hidupnya sebagai seorang Muslim. Dia sangat jelas, sebagai seorang Muslim ada perkara yang anak angkatnya itu tidak boleh makan, dan masa-masa tertentu Rohana perlu solat, tapi itu semua bukanlah menjadi masalah untuknya.
‘Saya mengambil tanggungjawab sebagai ibu, saya didik dia , saya asuh dia seperti mana yang sepatutnya sebagai Muslim. Yang membezakan kami hanyalah budaya dan agama. Ujar Laoshi.
Menurutnya, sepanjang dia menjaga Rohana, ibu kandung Rohana yang juga warga indonesia berkahwin dengan bapanya seorang warga tempatan yang telah menghilangkan diri selepas dia dilahirkan ada datang ke Malaysia beberapa kali.
Walaupun Rohana terpaksa berpisah buat pertama kali dengan ibu angkatnya dalam masa yang agak lama demi menimba ilmu, ibu angkatnya itu banyak memberikan pesanan kepadanya.
“Laoshi pesan supaya jaga kelakuan di sana, berakhlak murni dan jaga solat. Selain itu Laoshi juga pesan jangan lupa pada keluarga, selalu telefon dia, belajar rajin-rajin dan jangan sia-siakan peluang yang diberi untuk sambung belajar”.
Kasih sayang yang tersempat antara Hoi Lin dan Rohana ini memberikan bukti kepada kita bahawa rasa cinta dan tanggungjawab seorang insan tidak akan terhakir walaupun terdapat perbezaan bangsa, budaya dan agama.
Kemurniaan hati Hoi Lin sepanjang membesarkan Rohana serta menjaga keimanannya sebagai seorang Muslim dari kecil adalah satu perkara yang cukup luar biasa dilakukannya.
BACA: Kenapa kita tak boleh letak air panas dalam peti sejuk, brader ini tunjuk 2 benda yang bakal rosak