Kartunis Sweden hina Nabi Muhammad maut dalam nahas jalan raya

Kartunis Sweden hina Nabi Muhammad maut dalam nahas jalan raya.Seorang kartunis Sweden yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam dengan karikatur Nabi Muhammad, meninggal dunia dalam nahas jalan raya.

Kemalangan itu berlaku apabila kenderaan polis yang membawa Lars Vilks bertembung dengan sebuah trak berhampiran bandar Markaryd di selatan Sweden.

Dua pegawai polis juga terbunuh dan pemandu lori hanya mengalami kecederaan.

Vilks, 75, hidup di bawah perlindungan polis setelah menjadi sasaran ancaman mati susulan tindakannya melukis kartun tersebut.

Kartunis

Kartun itu diterbitkan pada tahun 2007, menyinggung perasaan orang Islam yang menganggap gambaran visual Nabi sebagai satu penghinaan.

Sehingga satu peringkat, perdana menteri ketika itu, Fredrik Reinfeldt terpaksa bertemu dengan duta-duta besar dari 22 negara Islam dalam usaha meredakan keadaan.

Tidak lama kemudian, al-Qaeda di Iraq menawarkan ganjaran AS$ 100,000 (£ 73,692) untuk membunuhnya.

Ia berlaku setahun lalu selepas sebuah akhbar Denmark menerbitkan kartun tersebut.

Polis belum mendedahkan identiti mereka yang terbunuh dalam kejadian Ahad, tetapi rakan Vilks mengesahkan kematiannya kepada akhbar Dagens Nyheter.

Polis berkata masih belum mengetahui punca perlanggaran itu

Berita Penuh : https://malaysiagazette.com/2021/10/04/kartunis-hina-nabi-muhammad-maut-dalam-nahas-jalan-raya/

BACA: Krisis politik Melaka : Idris Haron pula tampil beri penjelasan

CATEGORIES