Mesti ramai pernah terbeli karipap angin di kedai, terus rasa hilang selera nak makan, sudahlah mahal, isi pula tiada.
Kali ini boleh cuba resipi senang ini, nak buat kulit pun senang, tak perlu guna alatan pun.
Resipi ini dikongsikan Che Pah Che Gu di halaman Facebook ‘Berkongsi Ilmu Kuih Muih dan Masakan-BIKMM’.
Resipi karipap sardin
Bahan untuk kulit karipap
1 kg tepung gandum
3 sudu makan tepung beras
1/2 cawan minyak jagung
3 sudu besar mentega
1/2 sudu teh garam
750 ml air sejuk coway ke air campur ais pun boleh (1 1/2 cwn)
Cara-caranya:
Panaskan minyak dan mentega. Nak guna margerin dan minyak masak pun boleh.
Tuang ke dalam campuran tepung beras dan gandum.
Guna senduk kayu sebatikan macam serbuk roti.
Lepas tu masukkan secawan air dulu. Sebatikan.
Kalau keras tambahkan air lagi. Uli.
Perap dalam 30 min baru guna
Bahan inti (untuk 1kg tepung)
2 tin sardin yang besar
1 biji bawang holland
3 ulas bawang putih
4 sudu makan lada kisar
Sedikit halia
1/2 sudu jus limau supaya hilang bau hanyir ikan.
Kulit kayu manis 2 batang.
Promoted content
GELINTAR IKLAN
Petaling Jaya: hampir percuma SUV 2023 yang tidak terjual (lihat harga)
KETAHUI LANJUT
Cara masak:
Asingkan sos sardin.
Hancurkan guna garfu
Bebawang dan halia saya kisar kasar. Tumiskan bersama kayu manis dan cili kisar.
Dah naik bau masukkan sardin dan perasakan.
Cara dapatkan bentuk macam kat gambar tu
Timbang doh dalam 40 gram.
Canai membentuk bulatan.
Lipat dua bulatan doh tadi.
Kemudian bahagi dua separuh bulatan tadi.
Boleh potong guna lidi. Nak guna belakang pisau pun boleh.
Nanti dia jadi mcm poket bila dibuka. Masukkan inti dan kelim mcm biasa.
Selamat mencuba!
Baca jugaTak ada duit nak beli komputer, 3 remaja sanggup culik rakan sekolah untuk minta wang tebusan