Kari kambing punya pasal jadi punca keluarga bertikam lidah, wanita ini nekad batalkan perkahwinan

Oleh INFORAKYAT

Kari kambing punya pasal jadi punca keluarga bertikam lidah, wanita ini nekad batalkan perkahwinan

SEORANG pengantin perempuan nekad membatalkan perkahwinannya selepas rombongan pengantin lelaki didakwa menghina keluarganya hanya kerana kari kambing.

Kejadian berlaku pada 11 Jun lalu di rumah pengantin perempuan yang terletak di kawasan Dhama, daerah Sambalpur Odisha, India.

Kari kambing punya pasal jadi punca keluarga bertikam lidah, wanita ini nekad batalkan perkahwinan

Menurut sumber, dalam majlis perkahwinan itu, pelbagai jenis juadah dihidangkan kepada pihak pengantin lelaki termasuk daging kambing.

Bagaimanapun, kari kambing dikhabarkan tidak cukup, menyebabkan beberapa ahli keluarga pengantin lelaki tidak dapat menikmati juadah tersebut.

Memandangkan hari sudah lewat malam, keluarga pengantin perempuan tidak dapat menyediakan daging kambing, namun keluarga pengantin lelaki berkeras mahu dihidangkan dengan juadah berkenaan.

Mereka kemudian menghina serta memalukan keluarga pengantin perempuan, menyebabkan wanita itu nekad untuk membatalkan perkahwinannya.

“Semuanya berjalan dengan lancar. Makanan dihidangkan malah daging kambing juga dihidangkan. Tetapi, ia habis sebelum beberapa ahli rombongan pengantin lelaki sempat menikmatinya.

“Mereka mula bertengkar dengan ayah saya, termasuk pengantin lelaki. Malah menuduh kami macam-macam. Ahli keluarga saya cuba menyelesaikan perkara itu, tetapi mereka berdegil mahu daging kambing dan mula berkelakuan tidak baik dengan keluarga saya.

“Saya enggan teruskan majlis. Jika saya berkahwin dengannya dan berada dalam keluarga itu, bagaimana agaknya layanan kepada saya. Saya akan fokus pada pelajaran dan kerjaya saya sekarang,” kata pengantin perempuan

BACA:

Laju netizen buat kerja, rupanya harga jam tangan Fazura cecah RM4 juta undang perhatian ramai

Tiba-tiba ada wanita tak dikenali peluk MK K-Clique atas pelamin? Sekali ini respon isteri MK K-Clique