Kapal angkasa NASA bakal rempuh asteroid dengan sengaja, “dalam cubaan selamatkan bumi”

Kapal angkasa NASA bakal rempuh asteroid dengan sengaja dalam cubaan selamatkan bumi

Kapal angkasa NASA bakal rempuh asteroid dengan sengaja, “dalam cubaan selamatkan bumi”. Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) akan menghentam dengan sengaja asteroid menggunakan kapal angkasa tepat jam 7.14 malam ini (waktu tempatan) (7.14 pagi esok waktu Malaysia) iaitu misi pertama bertujuan melindungi Bumi.

Projek yang dikenali Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) itu, dengan sengaja akan menjatuhkan kapal angkasa berkenaan untuk melihat sama ada tindakan pemesongan itu mampu menghalang potensi asteroid daripada memusnahkan planet.

“Ia usaha yang sangat rumit. Apa yang kami mahu lakukan ialah menggunakan sebanyak mungkin tenaga daripada DART untuk menggerakkan asteroid,” kata ahli astronomi Alan Fitzsimmons, ahli pasukan penyiasat NASA Dart, dalam temu bual, lapor Agensi Anadolu (AA).

Misi DART dilancarkan November lalu dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California.

Pada Isnin, pengawal misi akan menetapkan kapal angkasa terbabit untuk mengemudi sendiri di angkasa lepas pada jarak 6.5 juta batu (10.5 juta kilometer) dari Bumi. Kamera khas dari kapal angkasa akan merakam perlanggaran kosmik yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Kapal angkasa NASA bakal rempuh asteroid dengan sengaja, "dalam cubaan selamatkan bumi"

“DART mengubah fiksyen sains menjadi fakta sains, dan merupakan bukti proaktif dan inovasi NASA untuk manfaat semua.

“Ujian ini akan membantu membuktikan kaedah yang berdaya maju bagi melindungi planet kita daripada asteroid berbahaya sekiranya ia dikesan menuju ke Bumi,” kata Pentadbir NASA Bill Nelson dalam satu kenyataan.

Matlamat utama NASA adalah untuk melihat sama ada ia boleh memesongkan laluan asteroid secara manual daripada kemungkinan berlanggar dengan bumi.

“Jika kita berusaha, kita sebenarnya boleh mencegahnya. Itu berbeza dengan kebanyakan bencana alam berskala besar yang lain,” kata ketua saintis di Planetary Society, Bruce Betts, dalam satu temu bual.

Kapal angkasa DART akan menyasarkan batu angkasa gergasi (diameter 525 kaki/160 m) yang dipanggil Dimorphos pada kelajuan 15,000 bt sejam (24,140 km sejam). Matlamat NASA bukan untuk melenyapkan asteroid, namun mahu melihat sama ada perlanggaran itu boleh mengubah orbit batu angkasa.

Menurut agensi angkasa AS, belum ada asteroid lebih besar daripada 450 kaki (137 m) melintang dikenal pasti mempunyai peluang besar untuk menghentam planet ini dalam tempoh 100 tahun akan datang.

Oleh itu, walaupun misi DART gagal, saintis akan memperoleh maklumat penting daripada eksperimen ini yang boleh melindungi bumi suatu hari nanti.

“Jika ia tidak mengena sasaran, kita masih dapat kumpul data. Itu sebab kami buat ujian ini. Kami mahu melakukannya sekarang dan bukannya menunggu sehingga wujud keperluan sebenar,” kata Andrea Riley dari Pejabat Penyelarasan Pertahanan Planet NASA pada sidang akhbar.

BACA:

Rupanya ini maksud sebenar huruf belakang kereta, ‘bertahun pakai baru tau’

Pengacara bertudung di stesen TV popular selamba pakai ‘bra’ naik basikal

Mengenang semula ‘Isabella’, ramai tak tahu sebab arwah Bob Lokman tulis lagu ni

CATEGORIES