Kantoi..tiga wanita tertangkap dalam but kereta

Kantoitiga wanita tertangkap dalam but kereta

Kantoi..tiga wanita tertangkap dalam but kereta. Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup enam pendatang asing tanpa izin (Pati) Myanmar dari Kota Bharu, Kelantan ke Klang di Persiaran Tun Teja, Alam Impian dekat sini, semalam.

Lelaki tempatan berusia 31 tahun yang memandu Nissan Teana berwarna hitam ditahan Bahagian Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam jam 1 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan membawa enam Pati yang mana tiga lelaki duduk di bahagian penumpang belakang manakala tiga wanita disembunyikan di dalam but kenderaan itu.

“Kesemua Pati berusia 18 hingga 36 tahun dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Pemandu Nissan Teana berkenaan mengakui menerima upah sebanyak RM300 bagi setiap seorang Pati yang dibawa dari Kota Bharu ke Klang.

Kantoi..tiga wanita tertangkap dalam but kereta

“Difahamkan, suspek menerima upah daripada individu yang dikenali dengan nama panggilan ‘Pok Sey’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut terhadap beg yang dipakai lelaki berkenaan menemui peralatan menghisap dadah serta satu plastik yang mengandungi 50 biji pil berwarna merah dipercayai pil kuda.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom 2007); Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Reman terhadap suspek warga tempatan selama 28 hari mengikut Seksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 manakala enam warga Myanmar selama 14 hari.

“Pihak polis mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai berkaitan kes ini. Maklumat berkenaan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Afendi di talian 016-7252948,” katanya.

BACA:

Gadis beragama hindu tapi terima ijazah sarjana pendidikan islam

Sajat rayu orang ramai bagi petua pada dirinya ‘lekat’ untuk hamil

Hukum sebenar suami ‘menetek’ susu isteri, Ustaz Azhar jelaskan..

CATEGORIES