Kantoi !!! Surat kata wajib sedekah RM300, Pengerusi Felda kata bukan paksaan

Kantoi !!! Surat kata wajib sedekah RM300, Pengerusi Felda kata bukan paksaan

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak memaksa mana-mana peneroka untuk ‘bersedekah’ RM300 susulan tular sepucuk surat yang dikeluarkan agensi itu.

Menurut laporan Free Malaysia Today, perkara itu disahkan sendiri pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh.

“Dalam sedekah tidak ada paksaan,” katanya ketika dihubungi portal berkenaan.

Hari ini tular sepucuk yang membabitkan Felda Sungai Tekam Utara, Pahang berhubung kutipan derma RM300 daripada peneroka di kawasan berkenaan.

Berdasarkan laporan portal itu, surat berkenaan diedarkan kepada peneroka pada 14 Oktober lalu.

Antara lain, surat itu menyatakan Felda Sungai Tekam Utara dan Felda Jengka 19 dipilih sebagai perintis bagi program ‘Jom Sedekah’ dilancarkan Felda.

Surat itu turut menyatakan, setiap peneroka diwajibkan ke atas diri masing-masing menginfaqkan sumbangan ikhlas yang dianggap sebagai sedekah jariah sebanyak RM300 seorang.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/107871/BERITA/Nasional/Peneroka-tidak-dipaksa-bersedekah-Idris

COMMENTS