KANTOI | Setpol Razman padam posting FB isu portfolio exco kerajaan Perak

KANTOI | Setpol Razman padam posting FB isu portfolio exco kerajaan Perak

Setiausaha Politik Pesuruhjaya Pas Perak, Fairuz Hafiizh Othman memadam kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebooknya berkaitan isu portfolio Exco Kerajaan Negeri Perak.

Walaubagaimanapun, tindakan tersebut sudah terlambat kerana ramai pihak telah tangkap layar (screenshot) status yang dimuatnaik itu.

Lebih ‘melucukan’, Exco Kerajaan Negeri Perak daripada Pas, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, Pas tak kata pun seperti apa yang disiarkan oleh Perak Insight.

“PAS tak kata pun. Ini fitnah. Tak habis-habis nak fitnah PAS. Agama Islam adalah sepenuhnya di bawah DYMM Tuanku Sultan Perak,” katanya di laman Facebooknya.

Namun penafian tersebut tidak berasas kerana terbukti Setiausaha Politik Razman membuat kenyataan sedemikian namun kira-kira dua jam selepas itu beliau telah memadamnya.

Berikut adalah kenyataan penuh Fairuz Hafiiz yang telah dipadam:

BERAKHIRKAH KRISIS PERAK?

Kerajaan Perak telah di bentuk semula hasil persetujuan ketiga tiga parti di bawah kerangka Perikatan Nasional pada 9 Disember 2020. Ia terhenti gara gara move UMNO ingin menguasai kerusi Menteri Besar. Sehingga kini portfolio exco masih belum dilantik secara rasmi walaupun umum memahami ianya di teruskan sebagaimana sebaran surat umno di awal krisis.

Pembentukan kerajaan PN Perak terhasil apabila PPBM berpaling meninggalkan PH gara gara tekanan DAP dalam pentadbiran. Perkara paling besar di tuntut DAP berkaitan milikan tanah 999 tahun. DS Faizal Azumu yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Besar Perak bersama pengikutnya membuat pakatan kerjasama mengikuti langkah kesepakatan di Pusat. Lantaran itu, Jawatan beliau di kekalkan.

PAS di serahkan dua exco dengan portfolio Pendidikan dan Agama. Dua portfolio yang sangat bersesuaian dengan PAS sebagai parti Islam dalam membangunkan masyarakat dan rakyat. Dua exco PAS telah menunjukkan kecemerlangan di dua bidang ini. Ia di saksikan masyarakat dan penjawat awam di bawah kedua dua portfolio tersebut.

Walaupun tempoh hanya tidak sampai setahun, ia tergendala dengan langkah perubahan Menteri Besar yang di buat. Berbaki beberapa bulan sebelum jangkaan PRU 15 tentunya tiada perubahan portfolio di buat.

UMNO mengakui bahawa langkah yang di buat hanya bertujuan menukar MB manakala kerajaan berjalan seperti biasa. Saya juga di fahamkan persetujuan dan perjanjian sama di perakui di peringkat pusat ketika perjanjian di buat pada 09 Disember 2020.

Rakyat Perak secara umumnya meyakini tiada perubahan pirtfolio di buat berdasarkan beberapa perkiraan:

01. Janji yang di buat UMNO seperti di edarkan di awal krisis. Jika berlaku perubahan portfolio, jelas bahawa langkah yang di buat bukan bertujuan menukar MB sahaja tetapi kerakusan UMNO terhadap kuasa dan cuba menyekat rakan dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Rata rata rakyat dan penjawat awam dari kalangan UMNO dan PAS yakin portfolio di kekalkan. Mereka yakin pemimpin mereka tidak akan khianat sesama mereka apatah lagi MB telahpun membuat kesepakatan 8 perkara bersama PH. Saya tak fikir ahli UMNO akan menerima jika pemimpin mereka mengkhianati Persepakatan yang di buat bersama rakan dalam kerajaan.

02. Jangkaan PRU 15 dalam tempoh kurang tujuh bulan dari sekarang atau lebih singkat berdasarkan perkembangan semasa. Adalah kerja bodoh atau jahat menukar portfolio yang telah berjalan dengan baik selama hampir setahun untuk baki yang kurang setahun. Apa yang boleh di buat dalam tempoh kurang dari tujuh bulan. Jika berlaku, exco terpaksa mengenalpasti bidang tugas baru dan mengambil masa menyesuaikan diri. Ini satu pengkhianatan kepada rakyat Perak.

03. Bagi portfolio agama yang di sandang PAS tentunya mustahil berubah kerana dilihat hanya seorang wakil PAS yang memiliki latarbelakang agama. Menyerahkan portfolio agama kepada bukan ahlinya adalah satu pengkhianatan dan kerja jahat. Ia adalah * kebinasan* apabila tidak di serahkan kepada ahlinya. Ini yang di sebut rasullullah SAW. Saya tak fikir ada exco lain yang sanggup memikul amanah tersebut sedangkan ada ahlinya di kalangan mereka.

Beberapa indikator lain juga meyakinkan saya jika kerajaan yang ada ini khasnya Menteri Besar ikhlas memberi khidmat dan bukannya ada agenda lain untuk kepentingan diri dan kelompok, tiada perubahan portfolio sebagaimana tiada perubahan exco.

Walaubagaimanapun, jika ianya berlaku, pastinya kesepakatan ini sekali lagi di landa kecurigaan khasnya di kalangan sesama mereka. Rakyat juga pastinya hilang kepercayaan terhadap janji yang di buat umno iaitu Hanya langkah menukar Menteri Besar.
Apapun saya terpaksa menunggu pengumuman rasmi dari MB dalam tempoh terdekat sebelum membuat ulasan susulan..

Persoalannya.. Berakhirkah krisis Perak?

FHOAS
231220
IPOH.

Berita penuh ; https://perakinsights.com/2020/12/23/setpol-razman-padam-posting-menantu-hadi-kata-fitnah/