Kantoi penyanyi wanita bertudung terkenal amal sihir, siap ada bilik khas di rumah

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Seorang selebriti yang juga penyanyi wanita bertudung dan manis orangnya didakwa mengamalkan kerja khurafat iaitu sihir. Biar betul?

Kalau sebut nama selebriti atau penyanyi ni, mesti ramai yang kenal sebab dia dikatakan selalu sangat mencetuskan kontroversi.

Menurut laporan Utusan, penyanyi itu sebenarnya sudah lama mengamalkan sihir dan kerja khurafat itu hanya di rumah,

siap ada bilik ‘khas’ dan tiada sesiapa pun yang dibenarkan masuk.

Tak diberitahu sebab apa, tapi sumber mendakwa, dalam bilik itu tiada barang berharga seperti duit atau barang kemas, tapi ada bau yang tak begitu selesa ditinggalkan di ruang tersebut

Kantoi penyanyi wanita bertudung terkenal amal sihir, siap ada bilik khas di rumah

Bukan tu jer, selebriti itu juga pernah lakukan amalan yang bertujuan sebagai pemanis wajah agar orang senang mendekatinya namun lebih baik dirahsiakan sahaja.

Kata sumber, antara lain sebab dia melakukan sihir agar orang suka padanya, kiranya sebagai daya penariklah. Maklumlah, dia pun orang berniaga.

Semoga penyanyi yang dikatakan ini dapat jauhkan diri dari perkara ini dan sempat bertaubat.

Baca ‘Baru kenal, nak pinjam RM500’ Iera Syazira kongsi detik awal perkenalan dengan Pak Azad