Kantoi main dengan isteri orang, bini sendiri kena talak 3

Kantoi main dengan isteri orang bini sendiri kena talak 3

Kantoi main dengan isteri orang, bini sendiri kena talak 3. Seorang wanita berkongsi kisah rumah tangganya apabila terpaksa memendam rasa dengan sikap suaminya yang curang dengan rakan sekerja di sebuah kilang.

Menerusi pendedahan isteri malang itu di Facebook, wanita yang didakwa kekasih suaminya itu berstatus bini orang dan mereka telah mempunyai hubungan istimewa selama hampir dua tahun secara diam-diam sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

Lebih menyedihkan, suaminya itu sanggup menceraikannya dengan talak tiga ketika anak-anak mereka masih kecil selepas ‘hubungan haram’ lelaki itu diketahuinya.

Dalam pada itu, wanita itu turut berkongsi wajah wanita tersebut pada hantaran Facebooknya.

Kantoi main dengan isteri orang bini sendiri kena talak 3

“Ini lah muka manusia yang merampas kebahagiaan anak-anak aku yang masih kecil.

“Aku diceraikan talak tiga disebabkan dia, dua tahun percintaan dia dengan suami aku satu kilang dengan suami aku.

“Memang aku rasa teranaiya, dia (suami) curang dalam diam-diam dari PKP aku tak tahu. Dia (wanita) ini isteri orang, umur 40-an,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan kata-kata semangat kepada wanita itu agar terus kuat membesarkan anak-anaknya.

“Tak perlu sedih, kuat demi anak- anak, jangan patah balik pada lelaki yang tak tahu hargai isteri dan keluarga, kalau dia mampu curang sekarang, nanti akan lagi teruk dia boleh buat,” pesan Nurul Alia.

“Kalau perampas memang selalu ‘standard’ jauh lebih teruk ya dari isteri sebenar? Moga puan dapat pengganti lebih baik,” kata Rossilyn.

BACA: 

Pelaburan makin mencanak naik bawah PMX, Intel pula nak labur RM30 Billion

Kedai sarbaneka kena kecam selepas buat ayat ‘hanya orang OKU tak buang lepas makan’

Fakta patung Buddha di Kelantan lebih besar dari patung di Brazil kejutkan netizen

CATEGORIES