Jika terfikir untuk menipu pasangan hidup, lebih baik renungkan semula!Seorang lelaki mendapati dirinya terjebak dalam masalah
apabila diarahkan oleh mahkamah untuk membayar RM30,000 kepada suami kekasihnya kerana terlibat dalam perpecahan rumah tangga pasangan tersebut.
Menurut laporan Utusan Malaysia, lelaki berusia 26 tahun dari Baling, Kedah, ditemui bersalah kerana berzina dengan isteri orang yang berusia 32 tahun sehingga menghasilkan seorang anak.
Perintah tersebut dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Mahazan Mat Taib selepas membenarkan petisyen balas yang difailkan oleh suami wanita tersebut.
Mahazan menegaskan dalam keputusannya bahawa mahkamah serius menganggap perbuatan curang dan zina sebagai punca utama perpecahan dalam rumah tangga.
Beliau menambah bahawa jumlah ganti rugi sebanyak RM30,000 adalah wajar mengambil kira perlakuan negatif yang dilakukan oleh lelaki tersebut.
“Mahkamah menganggap serius tindakan tidak jujur ini kerana ia telah merosakkan keharmonian dalam kehidupan rumah tangga.
Jumlah ganti rugi sebanyak RM30,000 perlu dibayar kepada responden, iaitu suami, sebagai pengajaran kepada masyarakat,” katanya.
Sebagai makluman, dalam prosiding tersebut, peguam Nurin Nasuha Ahmad Sobri dari Amnach & Co. mewakili wanita tersebut manakala peguam Opat Aisin dari Opat & Co. mewakili suami.
Ingatlah, janganlah berniat untuk menipu pasangan hidup.
BACA: Pernah tak terfikir? Boleh ke lelaki bujang ambil anak angkat perempuan, ini jawapan Mufti