Kantoi !!! 11 cawangan keluar parti? Warisan kata ada 4 cawangan sahaja disitu..

Kantoi !!! 11 cawangan keluar parti? Warisan kata ada 4 cawangan sahaja disitu..

Rekod dalam Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Libaran mendapati hanya terdapat empat cawangan di Gum-Gum yang berdaftar ketika ini.

Justeru, dakwaan kononnya 1,357 ahli Warisan di 11 cawangan bertindak keluar parti adalah satu pembohongan jelas untuk mengelirukan rakyat kononnya parti itu tidak lagi mendapat sokongan.

Naib Ketua Bahagian, Mohamad Mirodin berkata, hakikatnya, empat cawangan yang betul-betul berdaftar masih kukuh dah menyatakan sokongan padu kepada parti.

Katanya, kumpulan yang kononnya mengisytiharkan keluar Warisan itu sebenarnya adalah orang sama yang sebelum ini juga telah mengumumkan keluar parti.

“Semua cawangan itu masih utuh bersama kami, justeru dakwaan itu sebenarnya adalah untuk menimbulkan provokasi serta memburukkan nama Warisan.

“Alasan bahawa kepemimpinan parti tidak pernah melawat dan mengambil tahu permasalahan di peringkat cawangan, juga tidak benar kerana sejak memerintah, pimpinan pusat kerap datang melawat dan berdialog serta mendengar permasalahan di peringkat akar umbi.

“Saya sendiri selaku Naib Ketua Bahagian selalu masuk ke kawasan berjumpa dengan pimpinan akar umbi,” katanya menerusi kenyataaannya di sini hari ini.

Sehubungan itu Mohamad berharap pihak yang tidak bertanggungjawab agar berhenti bercakap bohong hanya untuk kepentingan politik.

“Warisan Libaran tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada dalam kalangan mereka yang bukan ahli menyalahgunakan nama parti untuk kepentingan diri.

“Saya yakin dengan kesatuan yang ditunjukkan oleh pejuang lama dan baharu terutamanya di Libaran, WARISAN bahagian ini akan bertambah mantap serta terus menyokong kepemimpinan Presiden parti, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,” katanya.

Berita penuh : https://www.borneotoday.net/pembohongan-terbaharu-keluar-warisan-didedahkan/

COMMENTS