Kanak-kanak berjaya raih RM29000 duit raya, sekali lain pula jadi bila Lembaga Hasil memerhati

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Dalam klip video yang dikongsi di laman Instagram, pasangan tersebut memperlihatkan duit raya yang diterima oleh anak-anak mereka.

Pasangan suami isteri, Shandy Purnamasari dan Gilang Widya Pramana, telah berkongsi klip video yang memaparkan

jumlah duit raya yang dikumpulkan oleh dua anak mereka, dilaporkan oleh portal berita Wolipop.

Mereka berdua mengusahakan perniagaan kosmetik di Indonesia, terutamanya produk kecantikan di bawah jenama MS Glow.

Dalam klip video yang dikongsi di laman Instagram, pasangan tersebut memperlihatkan duit raya yang diterima oleh anak-anak mereka,

Kanak-kanak berjaya raih RM29000 duit raya, sekali lain pula jadi bila Lembaga Hasil memerhati

tidak hanya dalam denominasi rupiah, tetapi juga dolar Singapura dan dolar Amerika Syarikat.

Video tersebut juga menunjukkan tangkapan skrin perbualan WhatsApp yang memaparkan anak sulung mereka, Felis, menerima duit raya sejumlah 33 juta rupiah (RM9,697).

Manakala anak kedua mereka menerima duit raya sebanyak 32 juta rupiah (RM9,400).

Shandy kemudian berkongsi video yang berbeza yang menunjukkan dia membawa kedua-dua anaknya ke bank untuk menyimpan duit raya mereka.

Menurutnya, jumlah keseluruhan duit raya untuk tahun ini adalah sebanyak 100 juta rupiah (RM29,375).

Video itu menjadi viral dan menerima pelbagai komen dari netizen.

“Bukan duit raya, tetapi duit gaji saya selama lebih dari setahun,” kata seorang pengguna Instagram.

“Sangat banyak duit raya anak orang. Anak saya sudah cukup bersyukur mendapat 200,000 rupiah (RM58.75),” kata netizen yang lain.

BACA: Aku dicabul masa aku darjah 3, malam itu aku mengadu pada mak tapi mak hanya tersenyum”