“Kamu siapa? Kalau kamu mufti, keluarkan fatwa. Kamu siapa? Kalau orang biasa diam je”, UAI bidas sikap netizen

Oleh INFORAKYAT

“Kamu siapa? Kalau kamu mufti, keluarkan fatwa. Kamu siapa? Kalau orang biasa diam je”, UAI bidas sikap netizen.

“Mung Sape?”, Pedas, UAI Tegur Sikap Netizen Suka Masuk Campur Urusan Tetapan Hari Raya

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) memberi teguran bagi golongan yang mendesak agak tarikh 1 Syawal diumumkan dengan segera semata-mata, mengelakkan insiden ‘raya mengejut’

"Kamu siapa? Kalau kamu mufti, keluarkan fatwa. Kamu siapa? Kalau orang biasa diam je", UAI bidas sikap netizen

Sejak kebelakangan ini, para warganet di Malaysia, khususnya yang menganuti agama Islam asyik digemparkan ramalan tarikh 1 Syawal, yang didakwa awal sehari dari sumber yag meragukan.

Ramalan-ramalan tersebut telah mengucar kacirkan penganut agama Islam di Malaysia yang dikatakan terkesan daripada peristiwa raya mengejut pada tahun lepas.

Lebih menghangatkan keadaaan, ada beberapa negara lain sudah memberikan ramalan bahawa negara tersebut dijangka menyambut 1 Syawal pada 21 April 2023.

UAI tegur sikap netizen suka masuk campur urusan tentukan tarikh hari raya

Oleh itu, seorang individu telah meminta nasihat kepada UAI dan meminta pandangannya dalam salah satu siri ceramahnya.

“Nasihat ustaz untuk anak muda sekarang di media sosial, ramai sangat yang nak sangat jadi pakar agama. Berikutan isu Jakim yang melarang orang untuk menentukan tarikh hari raya.

“Walau bagaimanapun, (segelintir) netizen masih mahu tarikh 1 Syawal ditentukan segera agar kejadian raya mengejut tidak berulang seperti tahun lepas.”

Orang awam masuk campur urusan hukum hakam agama
Selepas membaca soalan tersebut, UAI menegur tindakan segelintir orang awam yang suka masuk campur dalam hal ehwal agama.

UAI berkata, perkara ini jarang dilihat dalam bidang lain dengan memberikan contoh menghantar kereta kepada mekanik atau tukang paip membetulkan massalah perpaipan di rumah orang ramai.

Berbeza dengan bab hukum hakam agama, beliau merasakan segelintir orang awam sering bertelingkah mengenainya.

Beliau menegaskan bab penentuan hukum agama, golongan agamawan tidak patut dibelakangi mahupun dilawan.

Katanya, dua hari lepas beliau ada terbaca bahawa ramainya warga maya marah kerana kerajaan termasuk JAKIM tidak mahu menetapkan tarikh hari raya.

Lebih menggusarkan apabila alasan golongan yang mempertikai keputusan badan agama Islam itu kerana mengutamakan hal-hal materialistik seperti tempahan kuih, perniagaan dan sebagainya.

UAI kesal kerana ada segelintir ahli masyarakat yang melihat hal remeh temeh seperti hidangan pada raya lebih penting berbanding syariat yang ditetapkan Allah S.W.T.

“Tujuh lapis langit, tujuh lapis bumi semua tunduk pada syariat Allah, mung sape? (kamu dalam loghat Terengganu).

”Raya mengejut ni apabila nampak anak bulan, kalau tak nampak tak mengejut, lusalah raya. Biasanya kita berpuasa 30 hari, tidak mengejutlah.

”Tetapi apabila 29 (hari puasa) tengok nampak anak bulan, kena raya ke tidak?” soalnya.

Ditentukan guna kaedah rukyah hilal
Sekali lagi, UAI menegaskan bahawa penentuan tarikh 1 Syawal ditentukan melalui kaedah Rukyah Hilal (cerapan anak bulan pada 29 Ramadan).

”Raya ini, (ditentukan) dengan nampak anak bulan. Bukan buat kalendar awal-awal,” tegas beliau.

Kaedah ini diguna pakai oleh keempat-empat mazhab feqah (Malik, Syafie, Hanafi, Hambali) dan tidak memiliki apa-apa khilaf.

Ini bersandarkan beberapa sabda Rasulullah S.A.W:

صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ

Maksudnya: “Berpuasalah jika kamu melihatnya (anak bulan), dan berbukalah (berhari raya) jika kamu melihatnya (anak bulan)”

Riwayat al-Bukhari (1909) dan Muslim (1081)

إِذَا رَأَيْتُمْ الْهِلالَ فَصُومُوا وَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَأَفْطِرُوا

Maksudnya: “Jika kamu melihat anak bulan, maka berpuasalah, dan berbukalah (berhari raya) jika kamu melihatnya.”

Riwayat Muslim (1081)

Beliau turut mengatakan, elemen yang patut diutamakan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah amalan-amalan seperti Solat Suat Aidilfitri dan ziarah meziarahi.

Menyentuh berkenaan terma hisab yang selalu digunakan, UAI menegaskan hisab yang dimasukan adalah menentukan tarikh melihat anak bulan, bukannya menentukan tarikh 1 Syawal.

”Kita ni yang tak faham,” ujarnya.

UAI kemudian meninggalkan pesanan yang cukup mendalam untuk kita semua. Katanya lagi, urusan jadi lebih mudah sekiranya kita melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

”Kamu siapa? Kalau kamu mufti, keluarkan fatwa. Kamu siapa? Kalau kamu orang biasa yang tidak mahir urusan agama, berdiam-dirilah”.

BACA:

Polis Australia rampas dadah bernilai RM800 juta dari Malaysia, ini taktik dadah berjaya lepas sempadan Australia

Tak tahan hidup susah isteri lari ikut jantan lain bekas, suami terpaksa bawa anak jalan cari kerja