“Kami rasa bahagia bila abah dipenjarakan, sebulan sebelum abah dibebaskan kami mula rasa takut, setiba abah dirumah ini yang jadi”

Oleh DAHLIA MARZUKI

Ayah saya seorang panas baran. Saya dilahirkan dalam keluarga yang sangat t0ksik. Mak saya, baik. Seorang 0KU p0lio.

Tapi mak kuat semangat, tak macam 0KU pun.Mak cantik, mak baik hati. Cuma surrounded dengan environment yang ayah bawa dalam keluarga kami, mak jadi stress. Mak sakit.

Mak selalu kena pkul, walaupun depan anak anak. Mak kerja pagi petang siang malam untuk sekolahkan anak anak.

Ayah kaki perempuan, tak solat, kaki judi, panas baran. Tapi dengan saya, dia sayang.

Dari saya kecil, umur 7 tahun, setiap dalam solat, saya akan doa untuk ayah saya berubah.

“Kami rasa bahagia bila abah dipenjarakan, sebulan sebelum abah dibebaskan kami mula rasa takut, setiba abah dirumah ini yang jadi”

Hari berganti hari. Tahun berganti tahun.. Ayah saya langsung tak tunjuk kan perubahan yang positif.

Rasanya, macam makin worst perangai dia. Menjadi jadi. Lagi lagi bila anak anak semua dah kerja dan belajar jauh jauh. Mak selalu kena pukul. Naik turun balai polis, naik turun mahkamah.

Tapi tak cerrai cerrai. Mak selalu termakan dengan pujuk rayu ayah.

Waktu umur saya 24 tahun, ayah kena tangkap polis. Atas tuduhan menjual ddah. Saya tak tahu betul ke tak. Ayah tak mengaku langsung. Dia kata dia kena fitnah. Tuduhan melebih lebih.

Ayah terpaksa sign tuduhan tersebut sebab diugut untuk dipukul oleh pihak polis jika tidak mengaku. Dan ayah pun sign. Ayah dihukum hukuman penjara selama 2 tahun.

Maka bermulalah kehidupan bahagia kami tanpa ayah.

Kami melakar cerita baru di atas kain putih. Kami bina keluarga sakinah. Kami berubah sedikit demi sedikit dari segi emosi, pemikiran, akhlak dan agama.

Kami hidup bahagia tanpa ayah. Tenang.. tak stress macam dulu. Rezeki pun berkat sebab takde rezeki hasil judi dalam rumah.

Mak kelihatan bahagia. Kami semakin dekat dengan Tuhan. Rezeki kami melimpah ruah. Satu persatu rezeki Allah turunkan. Dalam masa 2 tahun sahaja tanpa ayah kami dapat perbaiki semuanya.

Hubungan kami anak beranak yang dulunya selalu tidak sefahaman dan bergaduh, kini dah saling memahami dan saling menyayangi.

Walaubagaimanapun, kami adik beradik masih menjenguk ayah.

Walaupun ayah jahat dimata orang, orang selalu kata ayah penyamun, kami anak beranak dihina dicaci kerana mempunyai ayah sebegitu, tapi kami tetap nampak baiknya ayah.

Yang saya nampak, ayah sebenarnya seorang yang baik dan senang dibentuk.

Cuma ayah lahir dalam keluarga yang jahil tentang agama. Ayah taktahu halal haram.

Sebab tu saya tak pernah putus asa berdoa supaya ayah saya berubah..

Kemudian.. kami dapat tarikh untuk ayah dibebaskan. Sebulan sebelum ayah dibebaskan, kami buntu, serabut, takut. Kami takut kehidupan yang kami bina selama dua tahun ni, musnah sekelip mata.

Kami sebenarnya kadang kadang putus asa untuk tunggu ayah berubah. Jadi kami memang takut, kalau ayah balik. Mak dah mula stress.

Tibalah hari ayah balik. Kami awkward sangat. Tak tahu macam mana nak hadap since dah 2 tahun tak jumpa.

Ayah macam takut, malu. Tak bercakap. Ayah lain sangat. Kurus. Kurus kering. Tapi..

Yang paling saya tak sangka.. ayah solat. Perkara paling saya tunggu selama 20 tahun..

Ayah solat. Ayah solat awal waktu, ayah qiamullail setiap malam, ayah doa lama. Ayah lemah lembut. Tak pernah marah.

Kami masih confuse, dan tak percaya. Kami masih ingat ayah berpura pura supaya dirinya diterima kembali dalam keluarga.

Lepas beberapa hari, ayah ajak solat jemaah (perkara yang paling saya nak sekali dalam hidup, nak ayah imamkan solat)

Sampai ke hari ini, setiap solat, kami solat jemaah bersama. Ayah nampak ikhlas. Ayah betul betul dah berubah. Kerja rumah ayah buat dengan ikhlas. Tak pernah marah.

Kami tak sangka.. ayah berubah. Penjara tu macam pusat pemulihan. Ayah kata macam macam ayah belajar dalam penjara.

Kat sana, ayah kena ikat perut. Sebab duit yang kami hantar sebulan sekali tu, terpaksa kongsi dengan orang lain dalam penjara. Orang lain takde keluarga yang hantar duit. Kesian ayah.

Macam macam ayah cerita. Saya sedih.. sebab selama ni saya tak pernah percaya kalau ayah cerita apa apa. Saya anggap ayah hanya berpura pura.

Ayah dah tukar jadi ayah yang saya idam idamkan.

Allahu Akhbar. Allah makbulkan doa saya.

Selama 20 tahun saya doa. Harini termakbul. Allah sayang.

Saya tak pernah sangka Ayah akan berubah. Hidayah milik Allah. Ayah insan terpilih.

Ayah dah bertaubat. Ayah dah sayang mak. Ayah selalu manja kan mak lepas solat. Ayah suruh mak rehat. Ayah banyak bantu kerja kerja mak.

Maaf kan adik ayah, sebab pernah buruk sangka terhadap ayah. Adik akan usaha bagi yang terbaik supaya hidup mak ayah senang.

Ya Allah. Terima kasih. Sayang sangat Allah pada kami. Alhamdulillah..

Kawan kawan, doakan ya supaya ayah saya istiqomah. Saya nak keluarga sakinah, mawaddah. Kami nak berkumpul dekat syurga nanti..

Reaksi Warganet

Amiera Mohd Nor –
Ramai yang tertanya tanyakan, dalam penjara pakai duit untuk apa. Ada gunanya.

Setiap kali melawat, family akan di bagi 1 kertas untuk beli barang. Jadi barang barang akan di share dekat dalam penjara.

Kalau tak, memang akan lapar dalam penjara. Air pun kadang takde gula langsung.

Megi, milo, gula, ubat gigi, berus gigi, sabun, sliper, t shirt, seluar, boxer, macam macam lagila boleh dibeli dekat dalam.

Buat makan dekat kantin yang sedap sedap sikit. Bulan bulan boleh transfer maximum rm150 dekat inmate atau monthly fee untuk dewan makan dalam 400++ke 500++ macam tu.

Diorang makan sedap sikit daripada lauk inmate biasa makan hari haru. Jangan tanya mana saya tau. Huhu

Fiza Mohd Bardam –
Menunggu tarikh dibebaskan dan menunggu kepulangan tu memang saspen. Faham sangat perasaan confessor.

Sebagai waris waris orang ber-isu yang pelbagai, hanya doa dapat kita panjatkan semoga orang tersebut Allah beri taufik dan hidayah dan diberi pengakhiran hidup yang baik belaka.

Dalam Allah menguji mereka, Allah juga menguji hati kita, keyakinan kita atas kekuasaan dia yang memegang hati manusia, Allah Maha berkuasa takde yg mustahil baginya.

Terpulanglah pada waris untuk terus mendoakan dengan hati yg bersungguh atau sekadar wait and see..

Ra Ra –
MasyaAllah tabarakallah

betullah, itulah hikmah berdoa

Allah s.w.t timpakan musibah supaya kita sedar akan kesilapan kita, atau kesilapan org di hadapan kita dan belajar dari kesilapan masing masing

Moga Allah s.w.t merahmati, melindungi dan menolong permudahkan urusan juga kesulitan confessor sekeluarga. Doakan kebaikan buat kami semua juga ya. Sumber – Siti (Bukan nama sebenar)

BACA: “Mak datang bandar nak tidur rumah anak-anak, macam biasa mak akan bergilir tidur rumah anak, sampai turn rumah abg ngah tiba-tiba