‘Kami pilih untuk percaya, apa yang kalut’ Ahli Parlimen Pas jawab Hadi mimpi nabi

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Apabila TGHH menceritakan mimpinya bertemu Rasulullah SAW memerintahkan

supaya diperkuatkan perpaduan umat Islam, terserahlah samada mahu percaya atau tidak, tiada siapa yg memaksa.

Adapun kami sebagai ‘anak-anak beliau’ di dalam PAS, kami memilih untuk percaya, apa yg anda nak kalut?

Dan kami faham, ia diceritakan sebagai satu perkongsian ‘keluarga’ antara seorang ‘bapa’ dalam perjuangan

untuk ‘anak-anaknya’ dalam satu program Ijtima Tarbawi, bukan diangkat untuk tujuan memuja diri sendiri.

'Kami pilih untuk percaya, apa yang kalut' Ahli Parlimen Pas jawab Hadi mimpi nabi

Ada ulama UMNO berkata, dakwaan mimpi bertemu Rasulullah SAW tidak boleh dijadikan hujah. Ya betul, memang tidak boleh dijadikan hujah syarie.

Tetapi jika apa yg didapati dari mimpi tersebut selari dgn tuntutan syarie, tiada masalah. Menyuruh ke arah perpaduan ummah bukankah selari dengan tuntutan syarie? Jadi ia memperkuatkan azam dan tekad melaksanakan tuntutan Islam.

Lainlah jika tiba-tiba mimpi tersebut mengarahkan sesuatu yang bertentangan dengan syarak. Contoh, disuruh tinggalkan puasa di bulan Ramadhan, atau tinggalkan solat.

Maka ia tidak terpakai, kerana syarak telah meletakkan panduan dari awal, dan mimpi itu tidak boleh membatalkan syarak yang telah digariskan dari awal.

Apa punya orang la yang memakai gelaran ‘ulama UMNO’ ni, patutlah tersasar jauh, rupanya memang pening dari awal.

BACA: Tular video Kancil dan Saga atas bumbung rumah kampung, pemilik kongsi sebabnya