Ramai antara kita mengambil pinjaman bank untuk keperluan penting atau dalam situasi kecemasan.
Walau bagaimanapun, kadang-kadang pinjaman tersebut boleh ditolak oleh bank
Disebabkan perkataan yang tidak sepatutnya tertera dalam penyata bank kita.
Salah satunya adalah perkataan ‘kutu’. Ini dijelaskan oleh seorang penasihat kewangan
Dari sebuah bank dalam video TikTok yang beliau kongsi.
“Perkataan yang TIDAK BOLEH ada dalam penyata bank
@banker.co Pandai2 lah letak ayat lain yee‼️ jangan ckp abam x payung 🥹 #fypシ゚viral #foryoupage #trending #fyp #loanswasta #loankerajaan #pembiayaanperibadi #pembiayaanperibadibank ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa
Duit kutu/kutu
kuntu/utu/kut
Ini kerana ‘kutu’ adalah perkataan yang tidak sah bagi bank. Ia boleh memberi kesan kepada kelulusan pinjaman. Pinjaman mungkin akan ditolak terus oleh bank,” beliau menulis.