Kalau tak nak bil air melambung, pastikan beli mesin basuh ada sticker biru ini

Oleh AHMAD SULAIMAN

Seperti yang kita sedia maklum, air adalah satu sumber yang sangat penting dalam kehidupan harian kita.

Setiap hari, kita menggunakan air untuk pelbagai aktiviti seperti mandi, mencuci pinggan, mencuci pakaian, mencuci kereta, minum, dan banyak lagi.

Oleh itu, adalah penting untuk mengambil langkah-langkah untuk menjimatkan air, terutama dengan bekalan air bersih yang semakin berkurangan.

Kalau tak nak bil air melambung, pastikan beli mesin basuh ada sticker biru ini

Penggunaan peralatan air yang tidak efisien boleh menyebabkan pembaziran sumber secara berlebihan dan meningkatkan beban pemilik rumah.

“Selain itu, bayaran bil air bulanan juga makin meningkat.”

Oleh itu, pemilik rumah perlu memeriksa setiap barangan yang hendak dibeli untuk memastikan ia dapat menjimatkan air.

Dalam usaha untuk mencapai objektif ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah memperkenalkan Skim Pelabelan Produk Cekap Air (SPPCA).

Apa itu SPPCA?

Skim Pelabelan Produk Cekap Air (SPPCA) atau Water Efficient Product Labelling Scheme (WELPS) adalah usaha yang dilakukan oleh SPAN.

Skim ini terbuka kepada syarikat-syarikat untuk mendaftar dan melabelkan produk mereka sebagai produk cekap air mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh SPAN.

Menerusi label SPPCA, pengguna dapat memperoleh maklumat tentang penarafan kecekapan produk air.

Matlamat SPPCA Diperkenalkan

Matlamat SPAN dalam memperkenalkan SPPCA adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ketersediaan produk cekap air dan menggalakkan penggunaan air yang sihat.

Selain itu, SPPCA juga mempromosikan gaya hidup hijau dengan menggunakan produk cekap air, menyokong pembekal dalam pembangunan dan pemasaran produk cekap air di Malaysia, serta memotivasikan pengenalan teknologi kos efektif dan cekap air di negara ini.

SPAN telah memilih lima produk di bawah SPPCA, termasuk pili air (termasuk pili basin, pili sinki, pili pancuran mandi dan pili wuduk), tangki tandas dwi simbahan, peralatan urinal, pancuran mandi, dan mesin basuh.

Bagaimana Nak Tahu Produk Ada Label SPPCA?

Caranya sangat mudah, label SPPCA terdapat dalam dua versi – versi penuh dan versi ringkas.

Untuk versi penuh, label berukuran 15.5cm x 9.5cm dilekatkan pada label pembungkusan produk.

Manakala label versi ringkas mempunyai dua saiz iaitu 10cm x 6cm dan 5cm x 2.5cm yang dilekatkan atau digantungkan pada produk.

Selain itu, label ini juga memaparkan penarafan bintang cekap air dengan nombor pendaftaran SPPCA yang menyertakan maklumat produk seperti jenama, model, dan penggunaan air.

Setiap produk akan dinilai dengan tiga tahap kecekapan air (bintang).

Mula-mula, satu bintang menunjukkan produk itu cekap air. Dua bintang bermaksud produk itu sangat cekap air. Tiga bintang menunjukkan produk itu dinilai sebagai yang paling cekap air.

Menggunakan produk cekap air seperti yang disenaraikan oleh SPAN ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran air dan bil air yang tinggi.

“Jika kita tidak menggunakan produk cekap air, pembaziran air di rumah akan meningkat, terutama bagi keluarga yang ramai.”

BACA ; Demi ubah nasib keluarga, wanita ini terpaksa bawa anak merempat demi habiskan pengajian universiti