Dikenali sebagai ‘syurga makanan’, lokasi ini sering menjadi pilihan kerana jaraknya yang dekat dengan sempadan Malaysia, selain kos melancong yang agak berpatutan.
Namun, baru-baru ini tular di TikTok perkongsian seorang individu mengenai pengalaman tidak menyenangkan
Dengan pekerja hotel di Hat Yai yang didakwa menganiaya pelancong dari Malaysia.
Menerusi tangkap layar yang tular, pengadu mendakwa dia terpaksa membayar denda
kerana terdapat kotoran pada cadar hotel, meskipun kotoran itu sudah ada sejak dia mendaftar masuk dan bukan berpunca daripadanya.
“Hotel ini kata kami kotorkan cadar dan minta bayar denda. Kami enggan bayar sebab bukan kami yang buat, tapi mereka nak panggil polis.
“Agak-agak polis Thailand boleh dengar alasan kita tak?” tulis individu tersebut melalui tangkap layar WhatsApp yang dikongsi.
Pengadu juga meluahkan rasa kesal kerana tidak membuat aduan awal atau mengambil foto kotoran pada cadar sebagai bukti dirinya tidak bersalah.
“Masuk bilik dah nampak kotoran itu. Cuma kesilapan kami tak buat aduan atau ambil gambar,” katanya.
Difahamkan, pertikaian itu akhirnya selesai setelah pengadu membayar 300 baht (RM38.88) kepada pihak hotel.
Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa kesal dengan kejadian tersebut, malah beberapa rakyat Malaysia yang pernah mengalami pengalaman serupa turut berkongsi kisah mereka.
“Saya pun pernah kena dengan hotel di Hat Yai. Dia kata saya rosakkan cadar. Padahal itu kesan panas sebab mereka cuci pakai dryer.
“Saya kena juga macam ini. 400 baht (RM51.73) melayang. Tak mahu panjangkan isu, terpaksa bayar juga.
“Eh, sama macam saya kena tiga bulan lepas. Bertekak juga di situ,” tulis beberapa netizen
BACA: ‘Sakit tu boleh sembuh tapi jatuh tersembam tu sampai bila-bila tak hilang’