Kalau PASTI layak,TADIKA lain mesti layak

Kalau PASTI layak,TADIKA lain mesti layak

Kelmarin diberitakan JAKIM atau timbalan Menteri Agama menyumbang RM 100 ribu dari tabung atas nama “Musa’adah” kepada pusat asuhan milik parti PAS..Pertamanya, pesan aku pada hentikanlan guna istilah Arab.. cakap jer Tabung bantuan,

Kedua pada prinsipnya, aku takda masalah bantuan kepada Pasti itu..Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dah lama pun beri bantuan pada PASTI walaupun dia milik PAS..cumanya, Sepatutnya melalui peruntukan lain bawah JAKIM terutama bahagian pendidikan..

Kita kena faham, Tabung Musa’adah ini ditubuhkan bagi tujuan membantu mereka yang terdesak dan memerlukan diwaktu musibah COVID-19, terutama mereka yang kehilangan pekerjaan seperti penjaja, atau dibuang kerja.. mahupun mereka yang miskin..

kalau ada Guru pasti itu ditakrifkan miskin dan kehilangan pendapatan dalam waktu wabak COVID-19..boleh saja disalurkan bantuan ini..tetapi bukan atas nama dan kapasiti bantuan kepada PASTI… institusi PASTI itu milik parti… Jadi ia jadi urusan Parti..

Apapun, Jika ada keutamaan.. PASTI bukanlah keutamaan..Rakyat di Kelantan,Terengganu sendiri ramai yg memerlukan bantuan dan pertolongan berbanding PASTI… ramai hari ini yang kehilangan kerja dan pendapatan..Mereka lebih utama dibantu..

Kalau takat RM 100 ribu.. apalah sangat, bayangkan Gaji buta dan Elaun Duta Asia timur tengah pun sebulan dah lebih RM 50 ribu tak termasuk elaun Ahli Parlimen.. 2 Bulan Elaun Haji Hadi yang sepanjang PKP duduk dirumah..lepak di Marang sepatutnya disumbang kepada PASTI.. 2 Bulan gaji dan Elaun sudah melebihi RM 100 ribu…bukan dari tabung sumbangan orang ramai dan agensi Islam…

Itu belum masuk Gaji buta, dan elaun dari lantikan Kerajaan tebuk atap sebagai Menteri dan GLC GLC Kerajaan.. Apa perlu tabung Musa’aadah untuk rakyat miskin dan terdesak digunakan untuk bantuan kepada pasti milik parti..

Mudah faham kan.. PASTI boleh dibantu.. tetapi bukan dari tabung Musa’aadah..Guru Pasti yang terjejas boleh saja dibantu melalui bantuan Tabung ini tanpa mengunakan saluran melalui pusat asuhan milik parti..

Sumber :

COMMENTS