Jerawat adalah masalah yang sering dialami oleh remaja, dan biasanya muncul di bahagian muka atau kawasan berminyak.
Namun, jarang sekali kita mendengar jerawat timbul di dalam telinga.
Apabila ia terjadi, kesakitan yang dialami memang tidak tertanggung.
Ramai yang tertanya-tanya tentang punca jerawat di telinga kerana kesakitannya yang luar biasa.
Jerawat ini juga sering muncul pada waktu yang tidak dijangkakan, membuatkan ramai yang tidak bersedia.
Jadi, jom kita lihat punca-punca jerawat dalam telinga!
Jangkitan Akibat Menindik Telinga
Iritasi yang disebabkan oleh tindikan boleh mengakibatkan pembentukan benjolan kecil atau bengkak pada cuping telinga atau dalam saluran telinga, khususnya di kawasan tindikan.
Kotoran, lilin telinga, dan minyak adalah komponen utama yang menyebabkan jangkitan. Benjolan yang terbentuk boleh berkembang menjadi jerawat atau bisul yang menyakitkan.
Tidak Menjaga Kebersihan
Saluran telinga adalah kawasan yang sensitif dan tidak boleh dicucuk dengan pin, pencungkil gigi, atau objek tajam lain kerana ia boleh menyebabkan jangkitan
Selain itu, tangan dan rambut yang tidak bersih serta fon telinga yang kotor boleh membawa bakteria berbahaya ke dalam telinga, yang menyebabkan pertumbuhan jerawat. Iritasi dari bahan fon telinga juga boleh menyebabkan benjolan di telinga.
Benjolan Keloid
Benjolan tisu berserabut yang terjadi di kawasan kecederaan dikenali sebagai keloid. Ia biasanya kelihatan berhampiran tindikan telinga. Jika anda ingin menyingkirkannya, adalah penting untuk mendapatkan nasihat perubatan.
Otitis Externa
Dikenali sebagai telinga perenang, penyakit ini terjadi akibat berenang di dalam air yang tidak bersih. Bakteria dalam air tersebut boleh menyebabkan jangkitan pada telinga luar dan dalam saluran telinga.
Menggaru telinga dengan objek yang tidak bersih atau jika terdapat objek kecil tersepit dalam telinga juga boleh menyebabkan masalah ini.
Perubahan Hormon
Perubahan hormon dalam badan boleh menyebabkan pembentukan jerawat, terutamanya dalam kalangan wanita.
Punca-punca Lain
Masalah kesihatan kronik seperti kanser juga boleh menyebabkan jerawat dan benjolan di telinga. Sel-sel kanser boleh menjadi malignan atau benign.
Jika benjolan di telinga tidak sembuh dalam masa seminggu atau lebih, dan kelihatan berbeza daripada jerawat biasa, sila dapatkan rawatan daripada pakar dermatologi.
BACA: Polis umum jalan tengah bandar Kuala Lumpur bakal ditutup mulai esok, dah kenapa pula?