“Kalau isteri tetap berkeras nak bercerai, aku akan minta dia kembalikan mas kahwin, duit hantaran dan barang kemas yang aku bagi pada dia”

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Min. tolong hide fb saya. Saya dah hampir 3 bulan bernikah. Pernikahan saya dah hancur dari hari pertama akad nikah.

Ni gara2 sebab ex gf saya. petang Hari akad nikah tu. Dia whatsapp isteri saya dan cerita semua kisah kami.

Ex saya tu masih lagi isteri orang. Dia bergaduh dengan suami dia dah lama. Suami dia tak bekerja.

"Kalau isteri tetap berkeras nak bercerai, aku akan minta dia kembalikan mas kahwin, duit hantaran dan barang kemas yang aku bagi pada dia"

Pernah pukul dia. Dia yang sara laki dia… Depa ada anak 1. Saya mula2 berkawan jaa. Lama2 dah jadi lebih2. S

aya jugak pernah terlanjur dengan dia beberapa kali. saya mula nya niat memang nak berkahwin dengan dia… Tapi terlalu lama saya tunggu dan terlalu banyak dosa saya dah buat dengan dia Jadi saya ambek keputusan untuk putus dengan dia dan berkawin dengan isteri saya.

Saya kenal isteri 3 bulan dan terus ajak kawin. Isteri saya bersetuju dan kami terus bertunang. Selepas betunang tiba2 isteri saya brubah hati. Setelah dia berkawan dengan tomboi.

Berkali2 jgak dia kantoi tipu saya. Keluar dengan tomboi tu kadang2 balik sampai lewat malam dan kadang2 tak balik rumah… Raya haji pun dia ada tipu saya kata kan dia keja… Tapi dia sebenarnya cuti dan ke kampung tomboi tersebut… Bila saya dapat tahu saya terus kecewa…

Dalam masa yang sama perkahwinan kami tggl lagi 2 bulan saja… Lepas kekecewaan tu Saya masih lagi berkawan dengan ex saya tu dan saya ada luah kan pada dia Yang saya nak berkahwin dan tunang saya buat perangai macam tu pada masa tu jugak kami kembali rapat dan saya sekali lagi terlanjur dengan dia…

Perkhawinan saya tetap keluarga minta terus kan tampa mengetahui cerita sebenar… 4 hari sebelum tarikh saya nikah… Saya dah jumpa ex saya tu dan jelaskan semua… Dan dia pun dah berjanji berpisah dengan saya secara baik dan tidak akan membuka mulut tentang perkara apa yang pnh kami lakukan.

saya telah bertaubat sebelum hari perkhawinan kami. saya dah bersumpah akan tinggal semua perkara silam ni. Setelah itu. Saya dan isteri pun berkhawin…

Dan pada ptg hri kami akad nikah tu… Ex gf saya whatsapp cerita semua nya pada isteri… Isteri saya kecewa dan tak boleh trima saya lagi. Lalu dia menuntut cerai…

Dari awl kami kawin sehingga laa sekarang. Isteri tidak mahu duduk serumah dengan saya. Tidak mahu patuh pada saya. Walau macam mana usaha saya untuk pujuk dia. dia masih tetap dengan keputusan untuk bercerai. Saya ada buat tuntutan hak saya jika dia mahu bercerai..

Saya mintak kembali maskawin, duit hantaran dan barang kemas yang saya bagi pada dia. Dan saya ada buat pengiraan untuk ganti rugi kos2 kenduri kawin tu… Skrg isteri tidak berpuas hati dengan tuntutan saya dan tidak mahu beri semula semua tuntutan saya itu.

Tujuan saya cerita ni semua ada lah mahu pendapat dr KRT dan semua org mengenai isu saya ni. Apa yang patut saya lakukan seterusnya. Mohon bagi pendapat.

BACA: Ini satu-satunya bandar dalam dunia yang penduduknya tak pernah kunci rumah dan kunci kereta langsung!