“Kalau dah jodoh…”- kerana tersalah call orang, lelaki ini bernikah dengan wanita umur 54 tahun

Oleh INFORAKYAT

“Kalau dah jodoh…”- kerana tersalah call orang, lelaki ini bernikah dengan wanita umur 54 tahun. Kata orang, cinta itu tidak mengenal usia dan ianya sudah banyak kali dibukitkan oleh ramai orang atau pasangan.

Sebelum ini pernah tular mengenai banyak kes perkahwinan berbeza usia, namun kes ini adalah salah satu kisah tular yang pernah menarik perhatian ramai 3 tahun lalu.

Seorang pemuda berusia 28 tahun langsung tidak menyangka panggilan telefon yang dibuat seorang wanita tersalah nombor akan membawa kepada perkenalan mereka.

"Kalau dah jodoh..."- kerana tersalah call orang, lelaki ini bernikah dengan wanita umur 54 tahun

Martha Potu mengatakan perkenalan mereka bermula dimana dia tidak sengaja menghubungi Sofian Loho Dandel menerusi panggilan telefon.

“Martha secara tidak sengaja mendail nombor telefon saya. Dek kerana panggilan yang salah itu, kami mula berbual.

“Perbualan itu tidak tamat kerana selepas itu, kami saling berhubung tanpa saya sedari berapakan umur sebenar Martha. Kami mula jatuh cinta dan membuat keputusan untuk berjumpa,” kata Sofian.

Ketika berjumpa Sofian terkejut kerana Martha rupanya sudah berumur 82 tahun iaitu 54 tahun lebih tua daripadanya tetapi mereka tetap meneruskan hubungan kerana sudah menyintai satu sama lain.
“Saya tak pernah bercinta. Ini merupakan cinta pertama saya. Kami saling mencintai antara satu sama lain dan mahu meneruskan hubungan ini

“Walaupun pada awalnya kami mendapat tentangan hebat, akhirnya semuanya berjaya diselesaikan dan kami dapat berkahwin selepas setahun usia perkenalan kami,” katanya lagi.

BACA:

Ahli Parlimen Arau masih bawa usul pengeluaran KWSP, Shahidan lupa kerajaan bertegas tiada pengeluaran

‘Lelaki sangap’ menyamar jadi kaunselor penyusuan bantu ibu ada masalah ‘breastfeeding’ semata-mata nak tengok buah dada