Tindakan seorang ayah yang meminta maaf sambil memujuk anak lelakinya
kerana terlambat mengambilnya dari sekolah telah meraih pujian ramai di media sosial.
Dalam perkongsian di TikTok oleh Zaine Hashim, kelihatan dia mengekori rapat anaknya dengan motosikal
setelah si anak membuat keputusan untuk berjalan kaki pulang kerana lama menunggu di sekolah.
Sambil mengekori dari belakang, lelaki itu berulang kali meminta maaf kepada anaknya yang merajuk akibat kelewatan tersebut.
“Adik, ayah minta maaf ya. Ayah lambat sikit ambil tadi sebab tolak motor dengan abang, minyak habis. Bukan ayah tak mahu ambil, cuma motor rosak hari ini,” jelasnya dalam usaha menenangkan si anak.
Lelaki itu turut menjelaskan bahawa biasanya dia tidak pernah lewat mengambil anaknya, namun insiden kali ini tidak dapat dielakkan. Dia meminta maaf beberapa kali sambil mengulangi sebab kelewatannya.
@zainehashim82cakap g kedai aunti laju je ye#tiktokmalaysia🇲🇾 #foryoupage❤️❤️ #fypシ゚viral #fyp
Tidak lama kemudian, anaknya mula tersenyum apabila ayahnya menawarkan untuk singgah di kedai runcit kegemarannya, lalu si anak menaiki motosikal dengan gembira.
Kisah dua beranak ini menerima pujian netizen, yang kagum dengan kesabaran dan kesanggupan lelaki itu untuk meminta maaf kepada anaknya.
“Beruntungnya kamu, dik, dapat ayah macam ni. Ayah saya dulu garang. Bunyi motor je, terus kami lari masuk bilik,” komen Rosnah Harun.
“Baik betul pak cik ni siap terangkan kenapa lambat dan siap minta maaf lagi. Kalau bapa saya, dah lama kena marah,” tulis Slythrin.
“Penyabar betul ayah kamu, dik. Kalau ayah saya dulu, dia cuma tanya ‘nak naik ke tak?’. Kalau merajuk macam tu, tinggal terus,” kata Salwana.
BACA: Ingatkan sama je maksud deepavali dengan diwali, dj radio ini jelaskan perbezaannya