Seorang majikan dari Johor, telah membuat kejutan dengan menghabiskan wang berjumlah RM3.1 juta untuk memberi hadiah kereta kepada para pekerjanya
John Wong, yang merupakan pengasas Warakuya Japanese Restaurant dan Superstar Family KTV, baru-baru ini mencuri tumpuan
apabila memberikan 31 pekerjanya pelbagai model kereta mewah, termasuk BMW, Audi, Toyota, Honda, dan Proton.
Lebih istimewa, empat pekerja terpilih, termasuk seorang eksekutif C-level dan beberapa pengurus cawangan yang telah lama berkhidmat,
Mereka menerima ganjaran yang lebih eksklusif iaitu BMW 6 Series bernilai RM1.8 juta setiap satu.
Dalam temu bual bersama China Press, Wong berkongsi bahawa memberi penghargaan kepada pekerja adalah satu tradisi yang ingin diterapkan oleh beliau.
Setiap tahun, beliau memberi ganjaran besar sebagai tanda penghargaan atas kerja keras dan dedikasi yang ditunjukkan oleh pekerja-pekerjanya.
Tahun ini, Wong memilih untuk memberikan hadiah kereta sebagai cara unik untuk menzahirkan rasa terima kasihnya. Selain itu, beliau juga turut membantu pekerja asing dari Myanmar dan Nepal dengan menyediakan lesen memandu percuma agar mereka dapat menikmati hadiah ini tanpa bebanan kos tambahan.
Bagi Wong, ini adalah salah satu cara untuk menunjukkan keprihatinan dan kesungguhan beliau dalam memastikan pekerjanya mendapat manfaat sepenuhnya sepanjang bekerja bersama syarikatnya.
Seorang pekerja yang datang dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru untuk menghadiri majlis pemberian hadiah tersebut berkongsi bahawa ini adalah kali kedua beliau menerima BMW daripada syarikat selepas tujuh tahun yang lalu.
Menurutnya, kereta tersebut melambangkan penghargaan dan pengiktirafan daripada syarikat dan juga Wong sendiri.
Hadiah kereta ini telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen Malaysia, yang rata-rata menganggapnya sebagai contoh kepimpinan yang luar biasa dan pengiktirafan terhadap pekerja yang jarang ditemui dalam dunia korporat.
BACA” ‘Beg kuning buka, terus sold out’ Fattah Amin jual baju dalam 22 saat terus habis jual!