Kalah Evian! Ini 5 air mineral harga kereta, no.5 tu dari air laut je

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Setiap orang dewasa disarankan untuk minum lapan gelas air sehari bagi memastikan tubuh kekal hidrat dan sihat, terutamanya ketika menjalankan aktiviti harian.

Apatah lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas terik, minuman seperti air mineral menjadi keperluan penting

untuk menyegarkan tekak dan mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Air mineral pula boleh didapati dengan mudah di pelbagai kedai dan premis perniagaan, dan kebiasaannya, harganya sangat berpatutan serta mampu milik.

Namun, pernahkah anda terfikir, adakah terdapat air mineral dengan harga yang sangat mahal?

Kalah Evian! Ini 5 air mineral harga kereta, no.5 tu dari air laut je

Bagaimana agaknya rasa air mineral yang bernilai puluhan ribu ringgit? Adakah rasanya sama seperti air mineral biasa? Jawapannya, sudah tentulah ada

. Malah, harga air mineral ‘eksklusif’ ini boleh mencecah hingga puluhan ribu ringgit bagi setiap liter.

5 Air Mineral Termahal di Dunia

1. Svalbardi

Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui bahawa Svalbardi merupakan air mineral termahal di dunia. Air mineral ini dihasilkan di Norway dan bersumberkan dari gunung ais di Artik. Uniknya, ia mempunyai kandungan mineral yang rendah dan sangat tulen.

Oleh itu, jangan terkejut apabila harga untuk seliter botol air ini mencecah RM52,853 (USD12,570). Namun, laman web rasmi syarikat itu telah mengumumkan penutupan kekal Svalbardi (tidak akan dikeluarkan lagi).

2. Fillico

Fillico adalah jenama air premium dari Jepun yang berharga sekitar RM24,700 (USD5,890) seliter. Air ini diambil dari mata air semula jadi di Pergunungan Rokko, Jepun.

Produk paling mewah dari jenama ini adalah Fillico Black King, yang dibotolkan dalam botol kaca elegan. Istimewanya, penutup botolnya berbentuk seperti mahkota dan dihiasi dengan sayap malaikat serta kristal Swarovski dan mutiara pada badan botol.

3. Bling H2O

Bling H2O (Clear Blue) merupakan air premium yang diproses secara mikro dan dirawat dengan ozon serta sinaran ultraungu. Ia adalah jenama air dari negeri Tennessee, Amerika Syarikat, dengan harga sekitar RM10,595 (USD2,520) seliter. Diperagakan dalam bentuk botol kaca mewah berwarna biru, ia dihiasi dengan kristal Swarovski.

4. Nevas

Beralih ke Jerman, air Nevas merupakan produk air yang berkolaborasi dengan barang kemas antarabangsa, Aporro. Botol minuman ini cukup mewah kerana ia disaluti emas dan dihiasi dengan batu zirkonia putih.

Air ini dihasilkan daripada mata air, dan tidak hairanlah mengapa harganya mencapai RM3,447 (USD820) seliter.

5. Kona Nigari

Menduduki tangga ke-5 air mineral termahal di dunia adalah Kona Nigari, yang diekstrak daripada air laut dalam di Hawaii.

Berbeza dengan air laut yang mempunyai rasa masin, Kona Nigari adalah air laut yang telah dinyahgaram. Air ini popular kerana ia difahamkan dapat membantu dari segi kesihatan seperti hidrasi, menurunkan berat badan, dan mengembalikan tenaga. Harga seliter Kona Nigari adalah RM2,523 (USD536).

BACA: ‘Dendam? Apa dendam? Kalau tak salah, buat apa takut isytihar harta?’