Kakitangan pejabat MB Perak didapati positif Covid-19

Kakitangan pejabat MB Perak didapati positif Covid-19

Seorang kakitangan pejabat Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu telah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani saringan kesihatan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat menteri tersebut, proses sanitasi telah dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Sementara pihak Jabatan Kesihatan Negeri menjalankan saringan kontak rapat kakitangan tersebut, pegawai dan kakitangan pejabat menteri besar telah diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“[…] serta memantau tahap kesihatan masing-masing sehingga arahan selanjutnya dari pihak Jabatan Kesihatan Negeri,” kata kenyataan itu.

Ahmad Faizal yang juga ahli parlimen Tambun, dilaporkan tidak berada dalam pejabat dalam tempoh tersebut kerana sedang menghadiri sidang Dewan Rakyat.

“Bagaimanapun di atas faktor keselamatan, Ahmad Faizal telah menjalani ujian saringan kesihatan semalam dan keputusan disahkan negatif Covid-19,” tambahnya.

“Sama-sama kita doakan agar kakitangan yang telah disahkan positif Covid-19 akan segera sembuh sepenuhnya.

“Semua warga kerja pejabat menteri besar serta seluruh rakyat dipelihara daripada ancaman wabak ini,” kata kenyataan itu lagi.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/549579

COMMENTS