“Kakak seakan tak boleh terima pernikahan saya dan suami, apatah lagi mereka berpisah dengan talak 3…”

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Apabila sudah bercerai maka tiada guna untuk mencampuri hal pasangan melainkan ia melibatkan anak-anak apatah lagi kalau talak tiga.

Seorang wanita tidak menyangka dirinya yang memilih untuk mengahwini bekas abang ipar akhirnya membawa padah akibat dendam si kakak.

DI bawah adalah perkongsian wanita tersebut.

“Kakak seakan tak boleh terima pernikahan saya dan suami, apatah lagi mereka berpisah dengan talak 3…”

“Ini kisah saya ketika lima tahun awal bercinta lepas kahwin. Sebelum nikah saya dah ada aset, (kereta dan kelengkapan rumah termasuk perkakas elektrik kecuali rumah).

Jadi atas permintaan, saya tinggal bersama mak mentua dan kebetulan rumah sewa bekas isteri kepada suami iaitu kakak saya selang lima buah rumah sahaja.

Daripada situ bermula gangguan demi gangguan datang. Selepas kakak tahu saya yang kahwin dengan bekas suaminya, kakak jadi meradang.

Dulu kakak pernah serang saya di tempat kerja, macam-macam yang dia cakap. Dia maki hamun semua tapi saya hanya diam, tapi pedih juga nak telan benda yang kita tak buat.

Kakak seakan tak boleh terima pernikahan saya dan suami apatah lagi perpisahan akak dan suami talak tiga

Punca bercerai sebab akak dulu suka abaikan suami. Suami sudah berkali-kali nasihatkan saya untuk terus bersabar dan jangan sekali-kali tinggalkan dia.

Namun keadaan berlanjutan berbulan-bulan. Bayangkan hampir setiap malam rumah mak mentua diserang.

Sampai satu tahap mak mentua tak tahan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital sebab darah tinggi naik.

Bermula daripada situ ipar duai mula memaling muka, mula menarik balik sikit-sikit apa yang mereka sediakan untuk mak mentua.

Sejak daripada itu akak ada perubahan sikit, sudah mula cool down. Dia ada mesej, call saya minta maaf tapi saya tak simpan apa-apa dendam.

Malah gembira sebab akak boleh terima saya sebagai kawan. Selalu juga kami keluar bawa anak-anak jalan (tanpa suami).

Atas sebab akak tiba-tiba nak kerja, sebelum ini suami yang tanggung semua perbelanjaan dan bil akak selepas mereka cerai dan akak tak pernah kerja sebab ada anak umur tiga tahun yang tak nak berenggang.

Setelah berbincang, saya setuju untuk membantu menguruskn hal ehwal anak-anak di rumah akak setelah akak pergi kerja.

Jadi bermula rutin saya sebagai pembantu. Alhamdulillah, anak-anak suami semuanya baik-baik terima saya sebagai ibu tiri mereka termasuk yang bongsu sangat-sangat manja dengan saya.

Awal pagi, lepas akak pergi kerja, saya akan ke rumah, kemas, masak, basuh baju, semua sekalilah saya buat.

Bila tengahari anak-anak yang lain balik sekolah, saya akan bersiap (bawa baju siap-siap untuk kerja). Macam bodohkan? hahaha tapi saya ok je.

Saya kerja promoter bebas, jadi semua temujanji saya buat petang lepas zohor, dalam pukul 6 petang saya akan balik sebab suami akan sampai rumah pukul 7.

Saya terus siapkan makan malam di rumah mak mertua pula. Kadang-kadang tu penat sangat, penat yang dicari sendiri.

Selang dua ke tiga bulan akak buat hal balik, tanpa sebab saya diserang lagi, kali ini saya dituduh pakai ilmu guna-guna.

Dalam masa sama mak mentua kerap ke rumah akak lepas saya pergi kerja dan kerap juga bercerita bab-bab syirik dan tahyul ni.

Terkejut saya bila mak mentua juga mengiakan kata-kata kakak. Buktinya anak-anak akak dah mula sayang saya, dah mula sebut-sebut pasal saya, yang bongsu setiap malam cari saya bila nak tidur.

Sampai kes saya dengan suami pun diungkit semua, katanya saya bomohkan suami dari jauh, kononnya saya yang runtuhkan rumahtangga mereka.

Terus mak mentua halau saya dari rumah macam anjing kurap. Menyewalah kami, tapi tak jauh sangat dari sana.

Tiba-tiba lewat malam suami dapat mesej dari akak saya katanya anaknya yang bongsu demam teruk, maka bergegas suami pergi sana guna kereta saya (aset suami semua dirampas akak, kereta dan motor sebab guna nama akak).

Saya tunggu di rumah, sampai subuh suami tak balik. Pagi pun tak nampak bayang, telefon suami pun ditutup.

Hati mula tak sedap, saya nekad masuk pejabat naik bas. Petang tu, suami datang dalam keadaan lemah, tak bermaya macam menahan sakit.

Nampak juga lebam-lebam di tangan dan muka. Tenang suami bercerita berselang dengan linangan airmata, katanya dia dihambat dengan akak, dipukul dengan beluti tapi dia tak lawan.

Punca akak belasah suami sebab kereta, motor kena tarik tak bayar. Suami sengaja tak bayar kerana ego akak sendiri.

Kereta saya pun habis, empat tayar dirobek, body kereta dicalar-calar. Tak apalah harta dunia.

Dari sana suami jalan kaki ke pejabat saya, tiga jam dia berjalan dalam keadaan macam tu.

Selang seminggu lepas kejadian, sakit pada belakang badan suami masih tak hilang, malah bertambah sakit. Dia terpaksa ke hospital untuk x-ray.

Rupa-rupanya tulang belakang suami retak, maka menganggurlah suami, nak kerja macam mana, kenderaan pun tiada, suami terpaksa ambil cuti berbulan-bulan, tak boleh kerja berat. Dugaan untuk saya pula bila saya disahkan hamil.

Dalam keadaan ekonomi yang bercelaru, kami diuji lagi dengan kehamilan pula. Sikit-sikit perkakas rumah saya jual pada jiran dan kawan-kawan.

Akhirnya yang tinggal hanya set bilik tidur, televisyen, dapur untuk masak dan sofa yang sudah lusuh.

Kereta pula saya terpaksa jual sebab tak mampu nak bayar, rumah sewa pun kadang -kadang tertunggak.

Sampai saya hampir melahirkan, baru suami mencari kerja. Alhamdulillah, ringan sikit bahu saya.

Masa ni kami hanya ada kawan-kawan, sanggup dia keluarkan duit muka dan bayaran tiga bulan ke hadapan bagi sebuah motor untuk kami.

Memang terharu sangat-sangat. Hampir setiap bulan dia beri kami sedikit duit untuk belanja, adik-beradik suami, semua hilang.

Belah saya, adik-adik masih sekolah, mak saya pula ibu tunggal. Barangan kelengkapan bayi, bil hospital semua mereka bantu bayarkan.

Hanya linangan airmata yang saya luahkan tanda terima kasih pada mereka. Lima tahun awal perkahwinan perit sangat.

Saya tak rasa pun penangan bulan madu, tak menikmati pun keindahan cinta tapi itulah, dugaan dan cabaran saya harungi sampai hari ini. Tapi kami bahagia, doakan kami.”

Baca juga:Kecoh budak tahfiz dijemput ke konsert KFC, lain pula jadi bila bayi dibuang di tahfiz Besut