Kakak kena kanser, gadis nekad rompak bank guna pistol mainan. Seorang wanita dilaporkan nekad merompak sebuah bank dengan membawa “pistol mainan” untuk mengeluarkan wang daripada akaun miliknya sendiri.
Menurut Mirror, susppek terpaksa bertindak sedemikian kerana ingin mengeluarkan $13,000 (RM58,857.50) dari akaun miliknya untuk membayar kos rawatan kanser kakaknya.
Insiden itu dilaporkan berlaku di Lubnan, di mana pengeluaran wang adalah terhad kepada $200 (RM905.50) -$400 (RM1,811) sebulan kerana krisis ekonomi yang membelenggu selama beberapa tahun.
Pada awal bulan ini, PBB memberi amaran bahawa hampir tiga perempat orang di negara Timur Tengah itu kini hidup dalam kemiskinan.
Wanita tersebut difahamkan telah melompat masuk ke kaunter sebuah bank di kota Beirut dan menuntut untuk mengambil wang simpanannya.
Suspek juga dilaporkan dibantu oleh lelaki daripada kumpulan yang disifatkan sebagai “Persatuan Bantahan Pendeposit”.
Difahamkan, video kejadian yang memaparkan suspek mengacukan pistol ketika bertengkar dengan kakitangan bank telah menjadi tular di media sosial Lubnan.
Ekoran daripada itu, kakitangan bank terus mengira wang kertas dan menyerahkan bungkusan wang dolar AS kepada wanita tersebut.
Vice melaporkan bahawa wanita itu telah menyiarkan secara langsung video tersebut di Facebook dan mengatakan bahawa dia hanya ingin mendapatkan haknya sahaja.
“Saya tak menceroboh bank ini untuk membunuh sesiapa ataupun membakarnya.”
“Saya hanya di sini untuk mendapatkan hak saya sahaja.”
Suspek seterusnya mengatur temu bual dengan Al Jadeed News dan menyatakan bahawa pistol tersebut adalah mainan plastik milik anak saudaranya.
Tambahnya, dia tidak mempunyai pilihan lain untuk membayar bil perubatan kanser untuk kakaknya.
Hal ini kerana, pihak bank telah menyatakan bahawa dia tidak layak mendapat lebih daripada $200 (RM905.50) elaun bulanan.
Difahamkan, suspek masih belum dapat ditangkap oleh pasukan keselamatan Lubnan.
Menurut laporan agensi tempatan, dia telah menyiram minyak petrol dan mengugut untuk membakar dirinya jika kakitangan bank enggan memberikannya $20,000 (RM90,550) daripada simpanannya.
Difahamkan, kejadian sebegitu dilaporkan kerap berlaku di mana kakitangan bank kerap diancam dengan keganasan oleh orang yang terdesak untuk mengeluarkan wang mereka sendiri.
Dilaporkan bulan lalu, seorang lelaki telah merompak sebuah bank di Beirut untuk mendapatkan $35,000 (RM158,462.50) bagi membayar rawatan kanser bapanya.
Namun begitu, dia telah diangkat sebagai wira tempatan selepas pengepungan yang berlangsung beberapa jam itu menyaksikan dia mengancam kakitangan dengan senapang dan petrol.
Walaupun dia ditangkap, tuduhan jenayah dilaporkan tidak dijatuhkan kepadanya.
Wanita itu berkata dalam akaun Facebook peribadinya selepas pengepungan, dia merancang untuk pergi ke Turki.
“Seluruh kerajaan berada di rumah saya dan saya kini di lapangan terbang, jumpa anda semua di Istanbul, Ciao!” tulisnya.
BACA:
Tak putus asa kalah saman fitnah dengan Mujahid, Dusuki rayu lagi
Cara ibu ni pujuk anak tantrum kena puji, “berguna betul tips ni!”
Mia Sara menari pakai baju ‘ketat melekat’ buat netizen tak senang duduk
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio