Kadar OPR 2% : Ini kesannya kepada rakyat

Kadar OPR 2% : Ini kesannya kepada rakyat

Overnight Policy Rate adalah kadar faedah yang ditetapkan oleh BNM untuk mengedalikan kecairan dalam sistem perbankan dan kewangan negara. Pihak Bank yang memerlukan tunai meminjam dari bank lain yang punyai lebihan tunai (surplus) melalui BNM untuk tempoh semalaman sahaja akan tertakluk kepada kadar baru ini. Iaitu lebih murah dari sebelumnya.

Kesan langsung kepada kita adalah :

Base Financing Rate & Base Lending Rate bagi setiap produk bank yang diberikan kepada pelanggan akan menjadi lebih rendah. Kesan langsung adalah bayaran ansuran bulanan kita kepada bank bagi kebanyakan produkpinjaman dan pembiayaan akan menurun. Contohnya kalau dahulu kita kena bayar RM 1500 sebulan untuk pinjaman rumah. Kini akan ada penurunan sedikit. Ia terpakai bagi pelanggan sedia ada dan pelanggan baru. Tetapi kebiasaan tidak memberi kesan kepada pinjaman kereta yang menggunakan Kadar Tetap (Flat Rate)

Simpanan kita di dalam bank sama ada akaun biasa atau pelaburan akan memberikan pulangan lebih rendah dari sebelum ini.

Lebih murah untuk membuat pinjaman dan pembiayaan wang baru dari institusi kewangan untuk perniagaan dan individu

TUJUAN UMUM

Mengatasi kelembapan ekonomi akibat PKP dan COVID yang masih belum selesai.

Galakkan rakyat punyai lebih tunai dan berbelanja untuk rancakkan ekonomi dalam negara.

Memudahkan dan menambahkan jumlah pinjaman dan pembiayaan baru di Institusi Kewangan agar lambakan tunai yang disimpan oleh bank dapat segera berputar dalam ekonomi dan memberikan kesan baik kepada semua sektor dan peluang pekerjaan.

Mengurangkan galakkan rakyat dari menyimpan wang di bank kerana pulangan lebih rendah. Ini disebabkan kerajaan mahu rakyat berbelanja dan meminjam di bank untuk perniagaan masing-masing yang layak, bagi merancakkan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan serta lain-lain faedah.

Ada negara seperti Japan, Denmark dan Switzerland yang tidak mengalakkan rakyat menyimpan sehingga jika rakyat ingin menyimpan di akaun mereka di bank, mereka perlu membayar faedah kepada bank (bukan bank bayar kepada penyimpan tetapi sebaliknya), ini dinamakan negative interest. Ia berlaku dalam keadaan sangat mendesak kerana bank punyai tunai yang banyak, permohonan pinjaman yang layak adalah kurang serta eknomi lembap.

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
5 Mei 2020

Dijemput untuk mengikuti pelbagai info bermanfaat bersama saya di pelbagai platfrom berikut:

1] MyClaaz (Untuk sesi Private Consultation on Shariah & Bisnes) : https://myclaaz.com/app/#/tutor/8
2] Instagram : https://www.instagram.com/drzaharuddinrahman/
3] Telegram Group : https://t.me/DrZaharuddinGroup
4] Facebook :
a] https://www.facebook.com/DrZaharuddin/
b] https://www.facebook.com/DrZaharuddinAR/
5] Linkedin : https://www.twitter.com/DrZaharuddinAR
6] Website : www.zaharuddin.net
7] Youtube Channel : http://www.youtube.com/c/DrZaharuddinOfficialChannel

Sumber:

COMMENTS