Kadang-kadang memang rasa nak marah dengan pimpinan Amanah ni, ahli luah perasaan

Kadang-kadang memang rasa nak marah dengan pimpinan Amanah ni, ahli luah perasaan

Aku kadang-kadang memang rasa nak marah dengan pimpinan Amanah ni. Dari awal lagi memang rasa nak marah. Marah sebab pimpinan Amanah ni baik sangat. Mana tidaknya, masa nak PRU14 masing-masing berebut kerusi sampai susah nak capai kata putus tapi sebab berjiwa besar dan terlalu baik, Amanah juga jadi penentu pembahagian kerusi dan terpaksa korbankan kerusi yang sepatutnya bertanding.

Baiknya pimpinan Amanah ni pulak sanggup berikan SD kepada Presiden parti kawan yang jadi Perdana Menteri. Bukan seorang Ahli Parlimen, tapi semua Ahli Parlimen berikan SD termasuklah Mat Sabu dan Khalid Samad. Tapi itulah, kita dah beri bunga, dia baling pulak kita dengan batu. Penuh cacian kat orang yang dah bagi SD ni. Itu pun ada yang kata tak sokong 100%.

Sudahlah semua Ahli Parlimen Amanah beri SD, diberi pulak arahan untuk Amanah dapatkan sokongan dari Atok dan Warisan. Nak buat macam mana bila dah baik sangat, orang amiklah kesempatan. Bila Khalid Samad jumpa Atok, dikatanya jumpa tanpa pengetahuan Presiden parti dia. Pulak dah. Bila Khalid Samad keluarkan kenyataan dikatanya dah kena mandrem dengan Atok Saka Tua. Mereka fikir apa Amanah buat ni takde strategi ke?

Patutnya pimpinan Amanah tak perlu buat apa yang presiden parti kawan ni arahkan. Tapi dah nama pun Mesyuarat dan Amanah pegang pada keputusan Mesyuarat. Tak tahulah kalau parti kawan jenis langgar apa yang diputuskan dalam Mesyuarat. Mudah je nak tahu siapa yang suka langgar dan tak hormati apa yang diputuskan dalam Majlis Presiden PH. Amanah dan DAP bergerak seiring dan kenyataan selalu bersama. Jadi faham² sendiri lah.

Ini ada pulak yang sertai parti kawan ni tahu² lulus. Ada pulak yang cakap ala tukar parti je bukan tukar agama. Ala tukar parti je yang penting PH. Betul lah, tapi inilah titik tolak kepada perpecahan. Bila jadi macam ni, pimpinan Amanah berhentilah jadi baik sangat. Bila dah baik, dipijaknya kita. Fuh!

Sumber :

COMMENTS