Kad TNG anda hilang atau expired? Ini cara sebenar buat ‘refund’

Oleh DAHLIA MARZUKI

Kad Touch and Go anda hilang atau telah tamat tempoh.

Benda boleh settle, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk tuntut semula refund TNG.

Selalunya orang refund sebab dikenakan caj berlebihan di tol, tetapi orang ramai selalunya minta refund bila kad TNG/Mykad dah tamat tempoh ataupun hilang.

Kad TNG anda hilang atau expired? Ini cara sebenar buat ‘refund’

Menurut info dari TNG, fungsi TNG pada Mykad hanya boleh bertahan selama 10 tahun.

So selepas 10 tahun, korang kena ganti lah IC baru kat Jabatan Pendaftaran Negara (jpn). Tak mahal pun, dorang caj RM10 je.

Ok, jauh sangat dah menyimpang ni, back to our main topic. Macam mana nak ‘refund’ ni?

Firstly, korang kena tahu nombor siri kad TNG tu. Senang je nak cek, korang tengok je dekat resit topup TNG tu. Ada nombor siri dekat situ. So tiap kali topup tu jangan la buang resit tu, kalau lupa juga kena juga keluar modal sikit untuk topup TNG korang tu.

Then, korang daftarkan kad TNG korang kat laman TNG di pautan ini – https://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/register/card.do?execution=e1s1.

Kad TNG anda hilang atau expired? Ini cara sebenar buat ‘refund’ tng ewallet tng login tng card tng careline tng digital sdn bhd tng ewallet login tng portal epemula tng tng reload pin free rm10 2021

Kalau korang tak boleh refund balance TNG dalam kad kalau takde akaun di portal TNG.

Isikan semua maklumat anda seperti diminta.

Untuk “Card/Device Serial No”, gunakan nombor “Mfg No” pada resit tambah nilai tadi. Contoh resit seperti gambar di bawah. Ia mempunyai 10 angka.

Settle create akaun, korang log masuk pula. Kat sini korang boleh lihat senarai kad TNG yang dah register bawah nama korang.

Sekarang, korang boleh mula melakukan refund (e-Refund) melalui pautan ini – https://customerservice.touchngo.com.my/eRefund/Step1.aspx.

Isikan maklumat diminta. Pada ruangan nombor telefon, jangan guna “+6+” walaupun diberikan contoh sedemikian. Masukkan saja nombor telefon tanpa kod negara contohnya “0121234567”.

Teruskan dengan tekan ‘Next’. Untuk ‘Refund Request’, pilih ‘Card Termination’ kerana kita sedang memohon refund bagi kad TNG/MyKad yang hilang atau sudah luput.

Untuk ‘Reason Code’ pula, pilih ‘Lost’ jika kad anda hilang/dicuri. Pilih ‘Expired Card’ kad TNG anda luput atau

Untuk ‘Card with Deposit’, pilih ‘No’ jika anda tidak pernah membayar deposit dengan kad tersebut.

Bagi ‘Refund Payment Method’, anda boleh pilih antara wang tersebut masuk terus ke akaun bank atau akaun TNG eWallet.

Saya sendiri memilih TNG eWallet kerana biasanya hal refund melibatkan bank akan mengambil masa lama. TNG sendiri pastinya akan mengutamakan produknya sendiri, jadi saya percaya memilih TNG eWallet dapat memulangkan baki kad saya dengan lebih pantas.

Untuk mengetahui nombor akaun TNG eWallet anda, masuk ke aplikasi tersebut, Tekan ‘Edit Info’, jawap soalan keselamatan. Anda akan dapatinya pada ‘Wallet Account No.’ dengan 16 angka.

Selesai tekan ‘Submit’, anda akan dipaparkan semula dengan semua info dimasukkkan. Jika anda guna TNG eWallet untuk terima wang refund, jangan khuatir apabila ia memaparkan ‘Bank Name’ TNG e-Wallet’.

Teruskan proses seperti biasa seperti memasukkan CAPTCHA. Tekan ‘Submit’. Jika selesai, ia akan membawa ke halaman utama tanpa sebarang pemberitahuan bahawa permohonan anda sedang diproses.

Nanti korang akan terima emel untuk confirmation refund ni. Korang juga akan terima wang semula dalam masa 30 hari menurut TNG.

Daripada pengalaman sendiri, saya menerimanya dalam masa 3 minggu. Namun, ada juga yang mendakwa mereka tidak mendapat semula wang tersebut walaupun sudah berbulan-bulan.

Jika korang masih tak dapat juga duit tu lepas 30 hari, try call pihak TNG. Salah satunya chat di laman web TNG.

Selain itu, korang juga boleh ke outlet TNG kat NU Sentral dan Bangsar South.

Korang boleh semak status permohonan kat link (https://customerservice.touchngo.com.my/erefund/CheckStatus.aspx) dengan memasukkan ‘case reference no.’ yang diberikan melalui e-mel. Namun, setakat cubaan saya, ia tidak benar-benar dikemas kini.

BACA:Lelaki terkejut dapati ribuan labah-labah kecil bersama seekor labah-labah gergasi di bawah katil