Jutawan sekelip mata! Pelombong miskin ini jumpa permata bernilai RM14 juta!
BAYANGKAN, bergelar jutawan sekelip mata! Pernahkan terdetik dalam hati untuk menjadi orang yang kaya raya dalam tempoh semalaman?
Pastinya ramai yang menyimpan impian sedemikian untuk memiliki kehidupan mewah dengan rezeki terpijak.
Bagaikan durian runtuh jika kita diberi rezeki yang tidak disangka-sangka, apatah lagi memiliki kehidupan baharu yang lebih baik.
jutawan segera tanzanite
Kisah seorang pelombong, Saniniu Kuryan Laizer, 53, dari Tanzania barangkali membuatkan warganet tumpang gembira dan teruja apabila beliau berjaya menemui batu permata paling berat di dunia.
Lapor thecitizen.co.tz, usaha gigih Laizer yang membanting tulang melombong hasil mineral di kawasan utara Bukit Mirerani, akhirnya membuahkan hasil.
Mana tidaknya, Laizer berjaya menemui batu permata jenis Tanzanite seberat 9.27 kilogram (kg) dan 5.1kg.
jutawan segera tanzanite
Lebih menggembirakan, batu permata rare yang berwarna ungu kebiruan dengan seberat 14.37kg itu sebenarnya bernilai lebih RM13.8 juta dan berjaya dijual semula kepada kerajaan.
Gembira dengan rezeki sekelip mata itu, pelombong batu permata tersebut turut berikrar untuk membina sebuah sekolah dan pasar raya untuk penduduk setempat.
Itu janji yang diperkatakan Laizer pada Jun tahun lalu dan meskipun sudah lebih 12 bulan berlalu, kisah Laizer kembali menjadi perbualan warganet baru-baru ini.
jutawan segera tanzanite
Menurut laporan portal tersebut, Laizer akhirnya menunaikan janji apabila sebuah sekolah rendah siap dibina di kawasan berhampiran kediamannya di perkampungan Naepo, Simanjiro.
Sekolah yang dibina dengan kos sebanyak RM839,002 itu mempunyai kemudahan enam bilik darjah, selain pejabat pengurusan merangkumi bilik pentadbiran, guru besar, penolong guru besar dan bilik mesyuarat
BACA:
“Kerana dosa aku rosakkan anak dara orang..Sekali ini yang terjadi..”
Sangat licik! Ini cara anak Hamzah Zainudin sakau duit subsidi minyak masak yang rakyat tak sedar