Jual udara segar pun boleh jadi jutawan, ini kisah hebat lelaki yang ramai tak tahu

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Kalau dilihat dalam platform jualan atas talian, pastinya ada banyak benda pelik dijual dan lebih menghairankan benda sebegini ada pasaran sasaran.

Tidak menyangka tuah menyebelahi nasib, dua pemuda yang menjual udara segar dalam botol terkejut produk mereka laris terjual hingga cecah jutaan ringgit.

Ditambah pula produk tersebut turut disertakan dalam pelbagai perisa seperti trawberi, anggur dan juga rut bir.

Pada mulanya ia hanya jenaka antara dua rakan yang menjual udara segar di dalam plastik ‘ziplock’ secara atas talian namun tidak menyangka ia mendapat sambutan.

Produk keluaran Moses Lam dan Troy Paquette itu sudah berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti China, India, Korea, Vietnam dan juga Dubai.

Jual udara segar pun boleh jadi jutawan, ini kisah hebat lelaki yang ramai tak tahu

Rupa-rupanya produk yang ditawarkan dengan harga 99 sen menerusi platform atas talian, eBay itu berjaya dijual.

Menyedari bahawa udara segar rupanya mempunyai nilai kebolehpasaran, dua lelaki itu mula serius dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk.

Kemudian mereka menambah baik mutu produk dengan meletakkan udara segar ke dalam botol kanister kerana bimbang plastik tersebut pecah semasa penghantaran.

Hal ini bagi memastikan udara segar tersebut tidak terjejas dari segi kualiti dan juga mampu bertahan lama untuk kegunaan pelanggan.

Selain botol kanister aluminium yang berisi udara segar, pembeli bakal dibekalkan dengan alat penafasan iaitu corong mulut plastik.

Jual botol dengan permata pada harga lebih RM30k

Menerusi laman sesawang, terdapat dua botol edisi terhad yang ditandatangani 2chainz dijual pada harga RM65,984.00 dan botol bertatahkan permata RM33,884.00, kedua habis terjual.

Kini, perniagaan milik dua orang pemuda yang berasal dari Kanada itu sudah berjaya mengaut keuntungan mencecah $300,000 (RM1,270,050) setahun.

Udara segar yang dijual dengan harga $32 (RM145.41) sebotol itu diperolehi dari lokasi terpencil yang terletak di Banff, Alberta, Kanada.

“CEO syarikat besar di China telah membeli produk kami untuk menghirup udara yang bersih agar mereka dapat bekerja dengan lebih keras dan lama.

“Syarikat bakal mengeluarkan oksigen berperisa mangga untuk pasaran Asia.

“Kami mahu memastikan udara segar dari Kanada tersedia 24 jam, tidak kira di mana anda berada.” Kata pengasasnya, Lam memetik CBC.

BACA: Berang staf tak ikut arahan, majikan campak makanan ke lantai