Johnny Depp kini bercinta dengan peguamnya sendiri

Johnny Depp kini bercinta dengan peguamnya sendiri

Johnny Depp kini bercinta dengan peguamnya sendiri. Bintang sensasi Hollywood, Johnny Depp, 59, kini dilaporkan menjalinkan hubungan cinta bersama bekas peguamnya, Joelle Rich.

Mengikut laporan E! News, Rich adalah peguam berpangkalan di London mewakili Depp dalam tuntutan kes fitnah terhadap The Sun di mahkamah di United Kingdom.

Rich sebahagian pasukan undang-undang Depp apabila memfailkan saman terhadap tabloid Britain pada 2018 kerana melabelnya sebagai kaki pukul isteri yang merujuk kepada perkahwinannya dengan bekas isteri, Amber Heard.

Bagaimanapun, Rich bukan sebahagian pasukan undang-undang dalam perbicaraan fitnah terhadap Heard di Mahkamah Circuit di Fairfax Country di Virginia, Amerika Syarikat (AS), awal tahun ini.

Walaupun Rich tidak berada dalam pasukan itu, Rich menunjukkan sokongan terhadap Depp dengan hadir beberapa perbicaraan di mahkamah.

Johnny Depp kini bercinta dengan peguamnya sendiri

Pada 3 Mei, Rich dilihat di luar mahkamah di Virginia berpelukan dengan Camille Vasquez, peguam yang mewakili Depp ketika perbicaraan.

Dua minggu kemudian, Rich dilihat berada dalam mahkamah. Meskipun begitu, belum ada kepastian sejak bila Rich dan Depp menjalinkan hubungan cinta.

Rich yang juga ibu kepada dua cahaya mata kini dalam proses bercerai bersama suami, Jonathan Rich yang dikahwini pada Julai 2011.

Sebelum itu, bintang filem Pirates of The Caribbean itu sempat digosipkan menjalinkan hubungan dengan Camille Vasquez.

Berikutan itu, tak ramai menyedari kehadiran Rich sebagai pendamping Depp. Peminat dan pengikut Depp lebih mengenali Camille Vasquez sebagai peguam dijodohkan dengan Depp.

BACA:

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman dapat bos baru

Restoran kenakan caj penalti RM32 jika anak bising

Neelofa datang gelanggang futsal pakai tudung sarung, sekali lain pula yang netizen perasan

CATEGORIES