Johan sanggup tolong kereta rosak tepi jalan, “patutlah dia murah rezeki..” Pelakon dan pelawak, Johan dikenali sebagai antara selebriti pemurah dan prihatin.
Malah, sikap murninya itu turut menerima pujian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nor Aqmar Kaseh.
Individu berkenaan tampil berkongsikan kisahnya bertemu dengan bintang tersebjt secara tidak sengaja ketika keretanya rosak di tepi jalan, baru-baru ini.
“Balik dari Chow Kit kereta breakdown tepi jalan. Tiba-tiba berhenti sebuah kereta putih dekat kami. Dia bertanya kepada en suami kenapa?
“En suami tercengang sekejap…tak sangka yang bertanya tu Johan Raja Lawak.
“Dia tanya lagi nak saya bantu apa-apa ke. En Suami yg masih terkejut menjawab tak ada apa-apa,” tulis Nor Aqmar.
Menurut Aqmar lagi, Johan turut bertanyakan kepadanya jumlah kanak-kanak yang berada dalam kenderaannya sebelum pelawak tersebut mengagihkan sampul duit raya.
“Lalu Johan bertanya lagi ada berapa orang anak dalam kereta lalu meluru ke dalam kereta dan menghulurkan duit raya kepada Iman.
“Aku yang dalam kereta tambah-tambah terkejutlah lihat dia tiba-tiba depan mata.
“Betul orang kata… dia memang baik hati. Tu sebab rezeki dia murah,” tulisnya lagi.
Perkongsian Nur Aqmar itu turut mendapat komen balas daripada netizen yang rata-ratanya turut memuji sikap pemurah suami kepada Ozlynn itu.
“Terbaik papa Hanania, sebab itu rezeki mereka sekeluarga tak pernah putus. Hati baik, ikhlas.
“Johan pernah rasa susah, itu yang dia faham situasi tu.
“Laki bini (Johan dan Ozlynn) yang sangat baik dan humble.
“Johan yang kami kenal tak pernah sombong dan sangat pemurah. Semoga Allah limpahi beliau sekeluarga dengan limpahan rezeki yang tak putus-putus asbab kebaikannya,” komen beberapa netizen.
Sekadar informasi, Johan atau nama sebenarnya, Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 38, memulakan kerjaya seninya selepas menyertai pertandingan Raja Lawak pada tahun 2007.
Johan mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Ozlynn pada 2009 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq, Moleiq dan Cherdiq.
BACA:
Rupanya Lufya berjiran dengan Awal, “Saya pun alami benda yang sama, pengurusan kurang ajar!”
Krisis bekalan ayam makin parah, penjual ayam di pasar besar terpaksa tutup gerai
Orang ramai teruja tempahan perodua Alza baharu dibuka, harga dari RM69K