Johan disebut-sebut masuk team Hot FM

Oleh INFORAKYAT

Johan disebut-sebut masuk team Hot FM. Namun, timbul desas desus mengatakan Johan, 38, atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz bakal menyertai stesen radio Hot FM milik Media Prima Audio (MPA).

Difahamkan juga, Johan yang sinonim dengan segmen pagi turut mengendalikan segmen sama.

Sebelum itu Segmen JoHaRa Era yang dibubarkan dalam satu pengumuman baru-baru ini sekaligus mengesahkan pelawak Johan tidak lagi menjadi penyampai stesen radio itu.

Sumber terdekat ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut, tapi memberi bayangan ada khabar gembira bakal dikongsikan stesen radio itu dalam waktu terdekat.

Johan disebut-sebut masuk team Hot FM

“Nantikan saja pengumuman yang bakal dibuat. Sedikit masa saja lagi,” katanya ringkas.

Sementara itu, wakil pengurusan MPA ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

Difahamkan juga, bekas penyampai radio Suria FM iaitu Fizi Ali turut menyertai stesen radio Hot FM.

Jika betul desas desus ini, tahniah Harian Metro ucapkan kepada Johan

BACA:

Lelaki penggal dan bawa kepala isteri ke balai polis, dakwa wanita itu main kayu tiga

Siar berita kematian Tan Sri Khalid Ibrahim, ini respon lidah rasmi milik Pas