Johan berjaya islamkan pembantu rumah sendiri

Johan berjaya islamkan pembantu rumah sendiri

Johan berjaya islamkan pembantu rumah sendiri. Pelawak dan penyampai radio, Johan tidak menyangka amalan menyampaikan tazkirah kepada anggota keluarga setiap kali selepas solat membawa perubahan besar terhadap kehidupan pembantu rumahnya.

Kongsi Johan, berkat sering mendengar tazkirah disampaikan, akhirnya ilmu yang dipelajari dalam diam itu berjaya membuka hati wanita berkenaan untuk memeluk agama Islam.

“Pembantu rumah seorang warga Indonesia dan beragama Kristian. Dia sudah bekerja dengan keluarga saya selama tiga tahun.

“Memang menjadi amalan saya menyampaikan tazkirah setiap kali selesai solat berjemaah dengan membicarakan pelbagai topik.

“Setiap kali sesi perkongsian ilmu berlangsung, dia akan duduk dan mendengar topik dibincangkan. Dia hanya mendengar tanpa bertanyakan apa-apa.

Johan berjaya islamkan pembantu rumah sendiri

“Hanya selepas balik ke negaranya barulah saya dapat tahu pembantu rumah ini sudah memeluk agama Islam,” katanya kepada BH Online.

Lebih membuatkan pelakon filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ini terharu selepas mendapati usaha dilakukan wanita berkenaan untuk mendalami agama Islam.

“Saya terjumpa buku nota miliknya yang tertera surah al-Fatihah, namun, cara menyebutnya ditulis dengan huruf rumi, sekali gus menggambarkan betapa bersungguhnya dia untuk mempelajari agama Islam,” cerita pelawak yang dicungkil bakatnya menerusi sebuah program realiti ini.

Selepas bergelar maualaf, suami kepada pelakon Ozlynn Wati ini memaklumkan pembantu rumahnya itu terus mendapat bimbingan daripadanya, namun, cara berbeza.

“Kini, pembantu rumah sudah kembali bekerja dengan saya. Jika sebelum ini hanya mendengar saya menyampaikan tazkirah, kali ini, dia pula bertanya jika ada sesuatu tidak difahami,” ungkap Johan ketika ditemui pada sidang media program realiti, Ceria Popstar Xtra.

Program mencungkil bakat nyanyian kanak-kanak itu sekali lagi mengekalkan Johan sebagai juri tetap.

BACA:

Peserta Masterchef terkejut kena masak Ular, sekali ini yang jadi

Azri luah perasaan, “Ellie cakap saya ada perempuan lain sebelum cerai tak betul, demi Allah!”

Nasi Lemak penuh tahi bilis tak dibuang, gadis luah rasa kecewa walaupun beli RM1 sebungkus

CATEGORIES