Jodoh kuat, Senator Ras Adiba kahwin bekas suami

Jodoh kuat Senator Ras Adiba kahwin bekas suami

Jodoh kuat, Senator Ras Adiba kahwin bekas suami. Bekas personaliti televisyen, Senator Datuk Ras Adiba Radzi kembali bergelar isteri orang.

Ras Adiba, 54, mengakui berkahwin semula dengan bekas suami, Mohamed Azam Ali buat kali kedua.

Majlis pernikahan yang berlangsung semalam itu diadakan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Kuala Lumpur.

Ras Adiba yang juga Pengerusi Bernama mengenali suami sejak tahun 1986 ketika beliau masih bertugas di stesen TV3 dan mengakui jodoh mereka masih kuat.

Untuk rekod, beliau pernah berkahwin dengan Mohamed Azam Ali 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Jodoh kuat, Senator Ras Adiba kahwin bekas suami

Ras Adiba pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai dua orang cahaya mata manakala Mohamed Azam juga dikurniakan enam anak hasil daripada perkahwinan terdahulu. – MalaysiaGazette

BACA:

MB Perak gesa orang ramai ternak haiwan dan tanam sayur sendiri

Elon Musk ‘paksa’ pekerjanya kembali ke pejabat untuk bekerja, atau diberhentikan

Amber Heard tak mahu bayar saman AS$10 Juta kepada Johnny Depp

CATEGORIES