Umum mengetahui bahawa usahawan Sambal Nyet Berapi dan pempengaruh popular, Khairul Aming, masih lagi solo dan belum berkahwin.
Baru-baru ini, dalam sesi siaran langsung di TikTok, Khairul Aming menyatakan kriteria utama
untuk menjadi pasangannya, di mana wanita itu perlu bersedia untuk tampil di khalayak ramai.
Ini kerana kita sudah sedia maklum bahawa Khairul Aming seorang yang terkenal,
Dan setiap tindak tanduknya di tempat awam serta di media sosial akan diperhatikan oleh warganet.
Oleh itu, isteri Khairul Aming nanti juga pasti akan terkena tempiasnya dan turut menjadi perhatian orang ramai.
Selain itu, Khairul Aming juga menekankan bahawa untuk menjadi isterinya, wanita itu harus memahami kehidupan selepas berkahwin.
Malah, pasangannya juga perlu menyedari bahawa mereka mungkin tidak akan mempunyai privasi, kerana sudah tentu akan menjadi tumpuan ramai apabila keluar ke mana-mana atau bercuti.
Jadi, wanita yang ingin menjadi peneman hidup Khairul Aming nanti harus bersedia menghadapi perkara-perkara tersebut. Dalam bahasa mudah, jiwa perlu kental.
Namun, dalam masa yang sama, Khairul Aming juga mengucapkan terima kasih dan menghargai wanita-wanita yang sudi berkenalan dengannya.
BACA: KPN dedah sebab apa mendorong lelaki asal Perlis jadi tentera upahan Ukraine