Jiran baru je meninggal 7 hari lepas, sekali nampak depan mata harini..

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Hasrat seorang lelaki mahu menegur jirannya di hadapan rumah terhenti apabila menyedari

jirannya itu sebenarnya telah meninggal beberapa hari yang lalu!

Video tersebut telah tular di media sosial dan dikongsikan oleh Makassar_Info di laman Instagram.

Jiran baru je meninggal 7 hari lepas, sekali nampak depan mata harini..

Menerusi video yang berdurasi kurang satu minit itu, memaparkan seorang lelaki yang terkejut melihat jelmaan seperti manusia berada di hadapan rumah jirannya.

Apa yang lebih mengejutkan, apabila jirannya itu baru sahaja meninggal tujuh hari yang lepas. Mustahil kalau jirannya yang berada di situ.

Difahamkan, pada mulanya dia berniat untuk menegur jirannya itu namun, hasratnya terbantut ketika itu.

Susulan melihat ‘kelibat’ tersebut individu tersebut dilihat melarikan diri bagi menyelamatkan dirinya. Kejadian tersebut berlaku di Kampung Gentur, Desa Jambudipa, Kecamatan Warungkondang, Cianjur Jawa Barat.

Video tersebut telah ditonton lebih 400k tontonan dan meraih ratusan komen daripada warganet.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihah video tersebut namun ada yang mendakwa ianya sekadar lakonan bagi meraih tontonan di media sosial.

BACA”:‘Kenapa miskin sangat’, tular screenshot perbualan whatsapp cikgu dan murid undang kemarahan netizen