Jimat sampai RM 80k! Honda Malaysia tawar harga ‘pecah kepala’!

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Honda Malaysia kini menawarkan penjimatan yang luar biasa melalui kempen Unwrap Big Savings yang berlangsung sepanjang bulan Oktober.

Menerusi kempen ini, pelanggan dapat menikmati pelbagai rebat tunai, ganjaran eksklusif,

serta peluang memenangi hadiah utama menerusi peraduan beli dan menang.

Menariknya, pelanggan yang mendaftar kenderaan dengan varian terpilih akan menerima ganjaran rebat.

Bagi varian Honda Civic Type R, pelanggan akan mendapatkan nilai rebat sehingga RM80,000, termasuk rebat sebanyak RM70,000 dan bonus akhir RM10,000.

Jimat sampai RM 80k! Honda Malaysia tawar harga 'pecah kepala'!

Untuk Honda Civic 1.5 liter, nilai rebat yang ditawarkan adalah sebanyak RM12,000, manakala varian Honda RS memberikan rebat RM10,000.

Selain itu, bagi mereka yang merancang untuk membeli Honda WR-V, rebat yang ditawarkan bermula dari RM5,000 hingga RM8,000.

Bagi model Honda CR-V, penjimatan yang ditawarkan adalah sebanyak RM4,000 untuk setiap pembelian.

Sementara itu, model Honda HR-V menawarkan rebat bermula dari RM1,000 hingga RM5,000, manakala Honda City menawarkan rebat antara RM3,000 hingga RM8,000.

Bagi peminat City Hatchback, model ini juga menawarkan nilai rebat sebanyak RM4,000.

Untuk makluman, berikut adalah senarai harga rebat bagi setiap model Honda:

Tawaran eksklusif ini hanya terhad bermula 1 Oktober hingga 31 Oktober 2024.

BACA: Ini 8 cara elak terlebih bayar kepada LHDN ramai tak tahu