Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan supaya amalan penderaan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dihentikan serta-merta.
Dalam titah sulung baginda selaku Canselor UPNM, Seri Paduka menegaskan agar semua pihak bertanggungjawab
Bagi memastikan budaya tidak sihat ini berakhir dan usaha dilakukan untuk memulihkan reputasi universiti tersebut.
“Hentikan Penderaan atau Tanggung Akibat”
“Jika perkara ini terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan komandan
juga mesti bertanggungjawab serta meletakkan jawatan jika gagal melaksanakan amanah,” titah baginda.
Baginda turut menegaskan bahawa ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke UPNM untuk dilatih menjadi pegawai tentera yang berkualiti, bukan untuk didera.
Istiadat Pemasyhuran dan Konvokesyen
Titah ini disampaikan dalam Istiadat Pemasyhuran Seri Paduka sebagai Canselor UPNM dan Konvokesyen ke-14 yang berlangsung hari ini.
Sultan Ibrahim menyeru supaya institusi ini kembali fokus kepada objektifnya untuk melahirkan pegawai tentera yang berwibawa dan berintegriti.
BACA: Impian timang cahaya mata ketiga tidak kesampaian, Amyra Rosli keguguran