Jika Dun Johor bubar maka parlimen pun akan bubar, dakwa Najib

Jika Dun Johor bubar maka parlimen pun akan bubar, dakwa Najib

Ketika wakil rakyat Bersatu dari Kempas, Osman Sapian menghadapi kemungkinan diusir dari partinya, bekas perdana menteri Najib Razak memberi amaran perebutan kuasa di Johor boleh menyebabkan pilihan raya umum ke-15 diadakan.

Bekas presiden Umno itu merujuk amaran Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 3 Jun yang bertitah akan membubarkan DUN sekiranya berlaku perebutan kuasa.

Najib pada hantaran di Facebook hari ini berkata jika DUN Johor dibubarkan, parlimen mungkin juga dibubarkan dan pilihan raya persekutuan dapat diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Johor.

“Ada peluang boleh dilaksanakan serentak dengan PRN Sabah juga. Negeri-negeri lain turut ikut.

“Ini bermakna jika PH Plus masih tegas untuk merebut kuasa di Johor, akibatnya ialah Pilihan Raya Umum (PRU) seluruh negara mungkin akan berlangsung,” katanya sambil meramalkan PH dan sekutunya akan kalah teruk.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/540956

COMMENTS