Jijik, kembang tekak tengok foto kilang sosej! Lebih baik buat sendiri

Oleh AHMAD SULAIMAN

Pada 13 November tahun lalu, pihak polis menyerbu sebuah kilang pembuatan sosej tanpa lesen di Cape Town, Afrika Selatan.

Serbuan itu mengejutkan ramai apabila kilang berkenaan didapati memproses dan membungkus sosej dalam keadaan yang menjijikkan.

Ahli Majlis Keselamatan Bandar Cape Town, Jean-Pierre Smith, mendedahkan bahawa kebersihan di kilang tersebut amat teruk,

Dan keadaan itu dirakam dalam foto yang dikongsi portal tempatan, SNL24.

Melihat keadaan kilang itu, pasti ramai yang hilang selera untuk menikmati hidangan popular tersebut.

Jijik, kembang tekak tengok foto kilang sosej! Lebih baik buat sendiri

Alternatif Sihat: Buat Sosej Sendiri di Rumah

Bagi ibu bapa yang mementingkan kesihatan anak-anak, sosej buatan sendiri adalah pilihan yang lebih selamat dan sihat. Fariza Zuliana, seorang ibu yang kreatif, berkongsi resepi mudah dengan hanya menggunakan 11 bahan semulajadi.

Bahan-bahan:

Isi ayam
Telur
Bawang merah
Bawang putih
Lobak merah
Brokoli
Bayam Brazil
Oregano
Lada sulah
Garam
Tepung ubi
Menurut Fariza, semua bahan ini boleh dikisar bersama menggunakan pemproses makanan. Namun, jika tiada, pengisar biasa juga memadai. Selepas dikisar, adunan ini boleh dikukus terlebih dahulu sebelum disimpan dalam peti sejuk beku.

Untuk menjadikannya lebih menarik, anda boleh membeli acuan sosej yang mudah didapati di laman e-dagang.

Nikmati Sosej Lebih Bersih dan Berkhasiat
Dengan resepi ini, anda bukan sahaja dapat memastikan kebersihan dan kualiti bahan, malah menyediakan hidangan yang lebih sihat untuk keluarga. Jadi, daripada mengambil risiko membeli sosej yang diragui kebersihannya, cubalah buat sendiri di rumah. Anda pasti lebih berpuas hati!