Jihan Muse dapat tahu hamil ketika positif covid-19. BERKALI-KALI diusik sedang berbadan dua, pengacara Jihan Muse akhirnya membuka mulut berkongsi berita gembira dirinya kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungan sudah memasuki enam bulan.
Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 39, memberitahu dia mendapat tahu tentang kehamilan tersebut selepas melakukan ujian saringan C0v1d-19 untuk bertugas sebagai pengacara Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) yang sepatutnya diadakan pada Januari lalu.
Gara-gara dij4ngkiti C0v1d-19 ketika itu, dia terp4ksa dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk tujuan pemantauan.
“Masa saya buat ujian saringan dapat tahu dua positif. Satu positif C0v1d-19 dan satu lagi saya sudah hamil. Disebabkan itu saya dimasukkan ke hospital.
“Syukur saya tidak mengalami sebarang simptom yang teruk. Tetapi ketika berada di wad ibu mengandung saya melihat ramai yang lebih teruk. Berada di hospital selama 10 hari mengajar saya untuk lebih menghargai kehidupan,” katanya kepada mStar.
Jihan bersama suami dan anak mereka.
Tidak berkongsi tentang berita kehamilan tersebut kepada umum, kata Jihan dia mengikut nasihat keluarga supaya tidak bercakap hal tersebut di awal kehamilan.
Tambahan pula dirinya ketika itu sedang dij4ngkiti C0v1d-19 membuatkan Jihan tidak membuat sebarang pengumuman.
“Saya ikut nasihat keluarga supaya tidak berkongsi berita kehamilan terlalu awal kerana belum pasti apa akan terjadi. Tambahan pula dij4ngkiti C0v1d-19 lagilah membuatkan saya tidak mahu berkongsi.
Berada di hospital selama sepuluh hari mengajar saya untuk lebih menghargai kehidupan
JIHAN MUSE
PENGACARA
“Sebenarnya saya malu nak umumkan sedang hamil,” jelasnya.
Jihan yang ditemui selepas acara AME2021 yang berlangsung di Putrajaya pada malam Ahad turut meluahkan perasaan gembira dengan kehamilan kali kedua ini.
Hanya mengalami alahan teruk pada tiga bulan awal, Jihan juga memberitahu dia mengetahui jantina bayi dalam kandungan itu dan mahu menjadikan satu kejutan.
Jihan menang kategori Personaliti TV Meletop di AME2021.
Dalam masa sama kemenangan dalam kategori Personaliti TV Meletop dianggap sebagai rezeki anak dan tanda sokongan peminat.
“Saya dan suami gembira serta bersyukur kerana kami memang mahukan anak lagi. Usia anak pertama juga sudah empat tahun. Jadi rasanya ini masa terbaik nak tambah anak.
“Tiga bulan pertama memang mabuk teruk. Disebabkan faktor usia juga saya sering rasa letih dalam tempoh hamil kali ini.
“Kemenangan di AME2021 saya anggap sebagai rezeki anak. Ini juga adalah tanda sokongan peminat yang banyak kali mahu saya menang,” ujarnya.
Untuk rekod Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Hariz pada 20 Mac 2016 dan mereka sudah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ungku Arsalan Haq, 4 tahun.
BACA:
Dari wanita muslimah hingga digelar sundal, Sarah Hildebrand merajuk lari keluar Malaysia
Shafie Apdal dakwa Muhyiddin nak jadi PM sekali lagi, dedah Anwar turut sokong
Muncul di Billboard New York, Tokti luah perasaan tak puas hati