“Ikan berlemak boleh membantu dalam KESUBURAN WANITA?”
Contohnya, ikan yang kaya dengan lemak ialah salmon, ikan kembung, makarel, dan banyak lagi.
Bagaimana itu?
1. Asid Lemak Omega-3:
Ikan berlemak ni adalah salah satu sumber baik asid lemak omega-3 yang penting, termasuk EPA dan DHA.
Lemak yang baik sangatlah penting bagi kesihatan reproduktif kerana ia membantu menggalakkan keseimbangan hormon dan menyokong perkembangan sistem saraf dalam janin yang sedang berkembang.
2. Sifat Anti-Radang:
Asid lemak Omega-3 ni ada kesan yang boleh meredakan radang (anti-inflammatory), yang dapat membantu mengurangkan keradangan dalam sistem pembiakan kita.
Keradangan yang berterusan boleh memberi kesan buruk kepada kesuburan.
3. Vitamin D:
Ikan yang berminyak selalunya mengandungi banyak vitamin D, yang amat penting untuk mengawal hormon dan kesihatan sistem pembiakan.
4. Protein dan Nutrien:
Ikan yang berlemak ini mengandungi protein berkualiti tinggi dan pelbagai nutrien penting, termasuk selenium, zink, dan iodin, yang sangat penting untuk kesihatan dan fungsi pembiakan kita.
5. Kurangkan Risiko Anovulasi:
Mengambil asid lemak omega-3 boleh mengurangkan risiko anovulasi, iaitu keadaan di mana ovari tidak melepaskan telur dengan kerap.