Jenis darah Wanita dari Terengganu ini hanya ada satu dalam Malaysia, dikenali “darah emas”

Jenis darah Wanita dari Terengganu ini hanya ada satu dalam Malaysia, dikenali “darah emas”. Seorang wanita di Terengganu dilaporkan merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang memiliki darah unik jenis Rhnull atau lebih dikenali sebagai The Golden Blood.

Fakta menarik tersebut dikongsikan di laman Facebook Derma Darah Terengganu Kite.

“Kumpulan darah penderma ini ialah Rhnull, iaitu kumpulan darah paling sukar ditemui di dunia.

“Setakat ini hanya ada 43 orang sahaja di seluruh muka bumi mempunyai kumpulan darah tersebut.

“Di Malaysia? Hanya beliau seorang setakat ini,” kata perkongsian tersebut hari ini.

Jenis darah Wanita dari Terengganu ini hanya ada satu dalam Malaysia, dikenali "darah emas"
Sumber gambar : FB Derma Darah Terengganu Kiter

Jelas perkongsian itu, darah yang didermakan wanita tersebut akan dihantar ke Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur untuk disejukbekukan terlebih dahulu.

Kemudian, stok darah tersebut akan disimpan di dalam peti nitrogen dengan suhu serendah -80 darjah Celcius selama 10 tahun.

“Jika ada pesakit yang memerlukan darah jenis ini, maka darah ini akan dicairkan untuk digunakan.

“You are the special one, sis!” tambah perkongsian itu lagi.

Tonton:

Baca:

Ibu Gajah ini panik kejut anak tak bangun, ‘panggil’ penjaga Zoo tolong

Keladi ini berharga RM200,000 sepokok, boleh beli rumah sebiji!

“Ejek saya dengan panggil Ali Hitam, saya akan ambil tindakan mahkamah”

CATEGORIES