Jay Iswazir cerita hal sebenar selepas Lizzy akui buat aksi cium dengannya

Oleh INFORAKYAT

Jay Iswazir cerita hal sebenar selepas Lizzy akui buat aksi cium dengannya. Pelakon Jay Iswazir mengambil pendekatan untuk memberi laluan kepada filem Abang Long Fadil 3 daripada mengulas mengenai adegan bercium dengan pelakon, Elizabeth Tan. Jay berkata, dia memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai babak yang menjadi kontr0versi itu.

“Saya tak mahu komen mengenai lsu berkenaan. Biarlah saya memberi laluan buat filem berkenaan saja,” kata Jay ketika dihubungi Harian Metro.

Terdahulu, gandingan Jay untuk filem berkenaan iaitu Elizabeth mengaku adegan bercium dengannya dalam filem Abang Long Fadil 3 dilakukan sendiri tanpa bantuan teknik kamera.

Tambah Elizabeth atau mesra disapa Lizzy babak itu dijayakan ketika dirinya belum menjadi milik suami, Dr Siew Jim. Selain Lizzy dan Jay, Abang Long Fadil 3 menampilkan lakonan Zizan Razak, Johan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Khir Rahman, Shuib, Kazar.

Filem terbitan Skop Productions Sdn Bhd dan Astro Shaw ini menjanjikan aksi memukau, komedi pecah perut dan barisan pelakon terkenal serta kualiti produksi yang boleh dibanggakan.

Jay Iswazir cerita hal sebenar selepas Lizzy akui buat aksi cium dengannya

Filem Abang Long Fadil 3 akan menemui penonton mulai 8 September ini. Dalam perkembangan sama, pelakon filem terbabit akan mengadakan siri jelajah di Semenanjung Malaysia bermula 9 September ini.

Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan mengaku adegan clum aktor Jay Iswazir dalam filem Abang Long Fadil 3 dilakukan sendiri tanpa bantuan teknik kamera.

Elizabeth atau mesra disapa Lizzy berkata, babak itu dijayakan ketika belum menjadi hak milik suaminya, Dr Siew Jim. “It’s real… Dan kalaulah adegan itu saya dapat lakukan dengan lebih lagi.

Tapi babak itu hanya begitu saja. “Kalau diberi peluang sekarang, macam-macam sudah saya fikirkan.”

“Lagipun ketika adegan itu dibuat saya belum berkahwin dan Jay juga okey dengan babak terbabit,” katanya. Menurut Lizzy, dia berharap lakonannya dalam filem itu dapat membuka mata penerbit tempatan untuk menawarkannya watak aksi yang lebih mencabar.

“Saya ada bercakap dengan pengarah, Syafiq Yusof untuk hasilkan filem Abang Long Fadil 4 pula selepas ini. Harap impian saya itu dimakbulkan. Sumber Hmetro.

BACA:

Pegawai Kanan anak syarikat Selangor ditahan SPRM, libat projek RM1.7 juta

Kerajaan umum cuti peristiwa

Akhirnya pengemis ‘patah tengkuk’ Shah Alam ditahan, ‘4 jam kutip RM2k!’