Jatt Ali dituduh kurang ajar.. Pakai kasut dalam rumah ,Sharifah Shahirah rasa kelakar ada netizen percaya

Oleh AHMAD SULAIMAN

Gara-gara foto disunting menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI), penyanyi legenda Jatt Ali, atau nama sebenarnya Tahir Ali, 69 tahun, dikecam hebat oleh netizen di Facebook.

Gambar tersebut menunjukkan Jatt memakai kasut di dalam rumah ketika melawat anak sulungnya,

Tallisya, yang baru melahirkan cahaya mata pada 20 Disember lalu

Namun, penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira tampil menafikan tuduhan itu dan mendedahkan kebenarannya.

Fitnah Yang Tidak Masuk Akal

Jatt Ali dituduh kurang ajar.. Pakai kasut dalam rumah ,Sharifah Shahirah rasa kelakar ada netizen percaya
Shiera, 51, yang juga bekas isteri kepada Jatt, menjelaskan bahawa gambar tersebut telah disunting dan fitnah tersebut dianggapnya sebagai jenaka yang tidak masuk akal.

“Muat naik gambar dan tuduh Jatt pakai kasut dalam rumah? Rajin betul yang sunting.
“Ingatkan guna AI untuk buat gambar cantik atau menggiurkan, rupanya kaki pakai kasut pun jadi isu!” katanya dalam satu hantaran di Instagram pada malam Sabtu.

Tambah Shiera, mujurlah dia sendiri yang mengambil gambar asal ketika lawatan itu dan masih menyimpan bukti foto sebenar.

“Kelakar bila netizen di Facebook percaya bulat-bulat dan cakap Jatt kurang ajar. Mujur gambar asal ada, kalau tak, habis reputasi orang tua tu.”

Jatt Ali Mangsa Tohmahan
Walaupun menganggap fitnah itu lucu, Shiera turut meluahkan rasa simpati terhadap Jatt yang terpalit dengan isu ini tanpa sebab.

“Kesian Jatt pening kepala dengan komen netizen. Gambar pun disunting untuk reka cerita buruk.

Tapi tak mengapa, Jatt dapat pahala percuma,” katanya berseloroh.

Hubungan Jatt dan Shiera

Jatt dan Shiera berkahwin pada tahun 1993 dan dikurniakan seorang anak, Tallisya, yang kini berusia 27 tahun.

Bagaimanapun, pasangan ini berpisah pada tahun 1999.

Shiera kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ijoy Azhari pada 2003. Hasil perkahwinan mereka, Shiera dikurniakan empat cahaya mata iaitu Airel, 21, Airra, 18, Audra, 16, dan Adeena, 9 tahun.

Kejadian ini menjadi pengajaran bahawa penggunaan teknologi seperti AI perlu dilakukan secara bertanggungjawab. Sementara itu, Jatt Ali kini memilih untuk berdiam diri dan meneruskan kehidupannya bersama keluarga tercinta.

BACA: Rupanya tak boleh cuci lantai berjubin guna lemon dan cecair peluntur ini sebabnya